Monday , December 5 2016
Home / Gossip Panas / Nora Danish nafi gossip cinta Noh Hujan

Nora Danish nafi gossip cinta Noh Hujan

nor10Berikutan gossip yang tertulis di CAK: Nora Danis, Noh Hujan bercinta? Maka keluarlah kenyataan di akhbar mengatakan Nora Danish sendiri menafikan gossip tersebut. Namun begitu, kenyataan itu bukanlah keluar dari mulut Nora sendiri, tetapi mulut Cik Normah ruangan Hip akhbar Berita Harian.

TERKEJUT juga Cik Normah apabila mendengar gosip baru-baru ini yang mendakwa kononnya ada sumber terserempak vokalis Hujan, Noh dan pelakon berstatus ibu tunggal, Nora Danish di sebuah pusat beli-belah di Mutiara Damansara. Biar betul, takkan mereka bercinta? Setahu Cik Normah, Noh sedang bahagia dengan kekasihnya yang sedang belajar di luar negara.

Lagi pun ibu kepada Putera Rayqal itu kalau tak silap Cik Normah sedang sibuk di lokasi penggambaran. Teman sepejabat Cik Normah ada mendengar kenyataan pelakon sitkom Puteri itu menafikan gosip yang melanda ini di stesen Sinar FM. Cik Normah yakin semuanya hanyalah rekaan semata-mata. Atau mungkin wanita itu hanya pelanduk dua serupa?

Cik Normah yakin dan dapat rasakan Nora belum bertemu pengganti kerana hatinya masih tawar dengan apa yang terjadi di dalam rumah tangganya. Tak mustahil Nora akan menjalinkan cinta dengan kekasih orang. Dengan apa yang berlaku pada peribadinya, tak mungkin Nora sanggup merosakkan kebahagiaan orang lain.

Kepada Nora, Cik Normah harap dia akan terus tabah dan kuat semangat meneruskan kehidupan mendatang. Jangan pedulikan perkara yang boleh menjejaskan diri. Kalau nak tip untuk tegar menghadapi dugaan, datang jumpa Cik Normah. Cik Normah sudi berkongsi dengan Nora.

Lagi pun, Cik Normah yakin jika dia mampu menghadapi pancaroba yang melanda perkahwinannya selama ini, mustahil Nora akan mudah melatah dengan gosip sembarangan ini. Cuma Cik Normah faham perasaan perempuan macam kami ini mudah sensitif dan ada kalanya boleh sakit hati mendengar kisah yang tidak benar dan memualkan ini.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

hp-ayda-jebat-dirampas-mediamalaya

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

12 comments

  1. elok sangat. baby perlu kasih sayang seorang bapa.

  2. kasih sayang baby pada bapa kandungnya

  3. kan noh ada gf tak kan nora nak jadi fs kot?dah terbalik dah…

  4. xpe,satu hari nanti tau jugakk,sabar menanti ..

  5. sabar eh nora..biar lar die cari khidupan yang tol2 sempurna untuk hidup die…..kte doakan ea…………xgna law pangkat n darjat tinggi tapi xleh nk bagi kebahagiaan…..

  6. ala x kene la.. nora dah la lawa.. noh tu eeee.. noh padan dgn awek die yg x lawa tu… same2 poyo.. pesen rambut pun serupa tu kan.. gigi je x same. sorg jongang sorg rabit.

  7. adoila..x seswai btul!

  8. bnyk lagi lelaki yang muka hensem, awk tu lawa,cute lagi….noh ujan tu poyo sesangt………..x sesuai!!!!!!!!!!!!!!!!! cari yang lain jer,

  9. erm lantk dorg lau dah jdoh ,,xkmna
    pe de pda rpa..erm lau yg de rpa pown lum tntu bhgia
    uhuh..

  10. bg aku,kalau dah bercerai,nak kawin rujuk balik atau kawin lain sama je parangai lelaki..tak berubah pun…bahagia hanya seketika,bila dh galas tanggungjwb,kadang2 laki tk ambil berat pun…macam nora danish,kau cantik,bekas laki ko tu tolak ketepi.jgn percaya sgt..diorang ingat kita time dahaga je..pas dah rasa manis,dia buang balik….

  11. susah nak percaya laki zaman sekarang ni…bila aku ingat kes roslin pemain badmintn tu,kes remeh2 pun nak tuntut..macam la dia bagus yang amat sgt..hansome pun tidak…bg aku asmawii bola sepak lg bagus dr dia…alhamdulillah la dia dh lepas bini dia..kalau tidak,makan hati hari2 bekas bini dia…

counter statistics