Thursday , September 29 2016
Home / Dunia Artis / Nora Danish Rujuk Semula

Nora Danish Rujuk Semula

HUBUNGAN pelakon Nora Danish dan bekas suaminya, Rizal Ashram Ramli kembali terjalin selepas kehadiran cahaya mata mereka, Putera Raiqal Ramli yang lahir pada 7 Januari lalu di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Khabarnya, Rizal dan ibunya antara insan yang tak sabar menantikan kelahiran Putera Raiqal sejak Nora dimasukkan ke hospital. Rizal atau mesra dengan panggilan Jejai sentiasa di sisi Nora walaupun mereka sudah berpisah tahun lalu.

Yalah, walau apa pun yang berlaku antara suami dan isteri, anak tetap anak. Hubungan suami isteri boleh terputus tetapi pertalian darah antara ibu, bapa dan anak, tiada siapa dapat memutuskannya.

Raja diberitahu Jejai mengazankan sendiri anak tunggalnya itu. Sejuk hati mendengarnya. Mendengar perkhabaran itu, Raja percaya ramai yang masih mengharapkan Nora dan Jejai kembali bersama demi bayi kecil yang baru lahir. Kasihan pada anak mereka tentu tidak mendapat kasih sayang ibu atau bapa seperti kanak-kanak lain. Walaupun mungkin nanti Nora mahupun Rizal tidak pernah mengabaikan permata hatinya itu, ia tetap tak sama seperti orang lain, maklumlah mereka tak tinggal sebumbung.

Dalam portal Melayu popular, www.murai.com.my mendedahkan pengalaman Nora ketika bersalin. Kata sumber yang rapat dengan pelakon sitkom Puteri itu, Nora mahu bersalin secara normal kerana mahu merasai pengalaman melahirkan anak pertama seperti kaum ibu lain. Walaupun sampai satu peringkat, jantung bayi semakin lemah, Nora tetap tidak mahukan sebarang pembedahan.

“Kuat betul Nora menghadapinya. Sampai satu peringkat jantung bayinya semakin lemah, tetapi Nora tetap minta doktor memberikannya satu peluang lagi. Dengan penuh tawakkal, akhirnya Nora berjaya melahirkan bayi seberat 3.5 kilogram itu. Selepas selamat bersalin, Nora terus menghubungi saya dan menceritakan pengalaman melahirkan anak.

“Nora sempat berpesan, jangan sesekali menderhaka kepada ibu kerana baru sekarang dia faham bagaimana sakitnya seorang ibu mahu melahirkan anak,” kata teman Nora itu. Yalah, siapa sangka gadis selembut Nora mampu jadi sekuat itu. Kita sedia faham bagaimana Nora hidup bersendirian mengharungi sakit pening sewaktu hamil selepas berpisah dengan Jejai. Raja faham sangat ragam ibu hamil walaupun tak pernah rasa lagi bagaimana mengandung. Melihat rakan-rakan yang pernah hamil, Raja dapat rasakan bagaimana seksanya mengandung sembilan bulan dan melahirkan anak.

Raja juga diberitahu, walaupun hubungan dengan Jejai tegang tak lama dulu tetapi Nora tetap baik dengan bekas ibu mentuanya. Beliau begitu mengambil berat mengenai Nora sehingga hari ini, malah mereka sering kelihatan keluar bersama dan kunjung mengunjungi jika ada masa terluang.

Khabarnya ibu Jejai tetap sayang Nora, malah sudah menganggapnya seperti anak sendiri. Dengan kelahiran cucunya itu, kasih sayang mereka pada Nora makin menebal. Mungkin ibu Jejai faham penderitaan Nora, maklumlah hati sesama wanita. Apapun, Raja doakan yang terbaik buat Nora dan putera kesayangannya.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Bakal lahir anak pertama, Nad Zainal tayang baby bump (14 Gambar)

Nad Zainal akan menyambut kelahiran anaknya sekitar bulan Oktober. Berikut antara gambar-gambar baby bump Nad ...

4 comments

  1. harap sgt k.nora rujuk kembali..amin

  2. benar la kata org, anak pengikat kasih sayang ibu bapa. Harap nora & x hubby dapat bersaru kmbali demi "amanah" yh Allah kurniakan kpada mreka.Lupakan lah apa yg berlaku dulu, "artis wanita" tu pun ckup2 la mengganggu umahtngga org.

  3. nora mmg kuat la…mcm tak percaya!! dri wajah & perwatakan yg lembut,dlm diri Nora ada ketabahan yg kita x jangka.Slpas bcerai,she's depend on herself to survive during her pregnancy.N want to give birth in a normal way like others mom used to be.
    u've become my Idol la,nora.u r so sweet!! keep it up…

  4. emm.. Good luck kak nora.. kak nora memang tabah.. kita tau dah perangai jejai tu macam mana.. daripada tersiksa kemudian hari lebih baik putus sekarang.. sekarang ni ada mcm2 penyakit menunggu…AIDS n HIV paling menakutkan. Karang x pasal2 isteri dan anak yang tak berdosa menjadi mangsa. Di harap kak nora tetab tabah menghadapi dugaan dan menemui lelaki yang jauh lebih baik.. berdoalah..

counter statistics