Yo! Walaupun berita tak berapa nak hawt tapi ia satu perkembangan yang baik buat Nora Danish kerana melalui akhbar Harian Metro hari ini, dia sudi mengucapkan tahniah kepada bekas suaminya yang akan berkahwin bulan April ini dengan seteru perampas, Fasha Sandha.

Nora Danish dan Jejai pernah mendirikan rumahtangga pada tahun 2006 dan dikurniakan cahaya mata, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashraf yang kini sudah berusia 3 tahun.

Jelas sekali dengan info ini, kami dapat lihat Nora Danish bersikap optimis menjawab perkara ini. Adakah dia juga sedang dilamun cinta? Kerana sepanjang perkenalan Jejai dan Fasha sepanjang perceraiannya, Nora tidak pernah memberikan respon yang positif mengenai hubungan mereka.