Tahniah kami ucapkan kepada Nora Danish dan suami, Nedim Nazri dengan berita gembira ini. Berita gembira ini telah diumumkan melalui akhbar online mStar Online sebentar tadi mengesahkan bahawa Nora Danish kini sudah hamil 3 bulan.

Dipetik Nora berkata

“Saya amat gembira dengan perkhabaran ini termasuklah suami. Malah suami bertambah teruja kerana dia sendiri mempunyai pengalaman memilki anak sbelum ini,”

Nora dan Nedim bernikah pada 30 Mac 2017 pada satu majlis tertutup.

Nora memilki seorang anak hasil perkahwinan terdahulunya dengan Rizal Ashram iaitu Putra Rayqal yang kini berusia lapan tahun.

Nedim pula mempunyai anak daripada perkahwinaannya dengan wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan iaitu Nedrin yang berumur lima tahun.