Sunday , December 11 2016
Home / Isu Semasa / Nurul Izzah fail permohonan cerai, tuntut fasakh

Nurul Izzah fail permohonan cerai, tuntut fasakh

Nurul Izzah, anak kepada ahli politik terkenal Malaysia, Anwar Ibrahim telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Walaupun Nurul telah menafikan berita itu di laman peribadi Twitter miliknya, semakan fail di mahkamah telah mengesahkan perkara ini.

Kes ini mulai hangat tengah hari tadi namun ia telah disebut di hadapan Hakim Syarie pada dua hali lepas. Mahkamah telah menetapkan 18 Februari ini untuk sebutan semula kes tersebut.

Pasangan ini telah mengeluarkan kenyataan berbunyi

Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.

Keluarga kami menjadi keutamaan.

Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan, dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada waktu-waktu ini.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Aplikasi Razak menerima serangan “1 Bintang” di Google Play

Aplikasi Najib Razak baru sahaja diumumkan pada hari ini namun ia mendapat reaksi yang berbeza ...

One comment

  1. Jodoh maut sume ketentuan Allah swt..walaupun sehebat mana kita kat dunia.. Kalo nak jadi,jadi jugak..ade sebab kenapa jadi macam ni..ade hikmah kenapa jadi macam ni.. 🙂

counter statistics