Berita baik daripada CAK di Metro Ahad hari ini mengatakan Ogy Ahmad Daud bakal mengacara semula rancangan terpanas Melodi di TV3. Produksi Melodi mengatakan, kemunculan Ogy bukan menggantikan tempat Awal Ashaari yang baru berkahwin beberapa hari lepas yang dipinjamkan sementara bagi menggantikan tempat Dira Abu Zahar selepas kes dia memukul orang di sebuah kelab malam. Namun ia bertindak sebagai pengacara jemputan dengan Zizan Raja Lawak.

Personally, pada pendapat kami, tiada siapa yang boleh digandingkan dengan Zizan KECUALI Johan. Kami perhatikan, Zizan seperti hilang arah & kurang menyengat apabila tidak digandingkan dengan rakan lawak beliau terutamanya di rancangan Super Spontan dan Melodi ini. Maaf ye Zizan, jangan terasa.