Saturday , October 25 2014
PANAZZ

Terkini

(Gambar) Iwan dangdut kini berdakwah

Lame tak dengar ceritanye, bile dah dengar mesti ade keluar album baru. Itulah Iwan Dangdut @ nama penuhnya Wan Syahman Wan Yunus yang popular sekitar 90-an.

Iwan kini sudah kembali dan sudah berhijrah dengan melakukan perubahan dari segi penampilan dan dalami ilmu agama sejak dua tahun lalu. Dia kini dah takde dah dangdut-dangdut tapi lebih kepada berkonsepkan nasihat dan kerohanian.

Kami menyambut baik comeback yang dibuat oleh Iwan Dangdut ini. Namun firasat kami, kembalinya Iwan dangdut tidak akan mendapat sokongan penuh peminat seperti mana dia popular satu ketika dahulu.

Macam biase lagi gambo after le jump. Read More »

(Gambar) Intan Sarafina pregnant anak kedua

Baru-baru ni Intan Sarafina telah hangout bersama-sama rakan-rakannya dan melalui galeri yang diupload olehnya tempoh hari, kami mendapati badannya kini sudah berbadan dua! Difahamkan Intan Sarafina kini telah mengandung anak yang kedua. Tahniah kepada pasangan ini. Lagi gambar Intan pregnant bersama suaminya after the jump. Read More »

Gambar Pernikahan Tomok dan Ayu

Kenyataan di bawah adalah diambil melalui sumber asli, mStar Online.


Dengan sekali lafaz, penyanyi Tomok atau Shah Indrawan Ismail, 27, kini sah menjadi suami kepada pramugari Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) Rahayu Abbas, 32, pada pukul 9.30 malam di Dewan Serbaguna AU2 Taman Keramat, Kuala Lumpur, malam Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh Pegawai Pentadbir Agama dan Pendaftar Kanan Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Daim Jaluli berwalikan bapa Rahayu, Abas Mohd Saidon.

Pada majlis itu, Rahayu menerima mas kahwin berjumlah RM300 beserta sembilan dulang hantaran termasuklah wang hantaran sebanyak RM12697.11. Lagi gambar after le jump. Read More »

Gambar Pernikahan Noh Hujan dan Mizz Nina

Tahniah kepada Noh Hujan, 27 tahun setelah selamat bergelar suami kepada Mizz Nina (Shazrina Azman), 31 tahun. Majlis pernikahan telah berlangsung di rumah Mizz Nina di Ukay Heights, Ampang 10.20 malam semalam.

Noh memberikan wang hantaran sebanyak RM11,111.11 beserta mas kahwin RM888.88 bersama-sama tujuh dulang hantaran. Salah satu hantaran yang diberi ialah Ipad 2 keluaran Apple, woot!

Mereka berdua akan berbulan madu di United Kingdom, Rome dan Maldives selama dua minggu! Walaupun percutian mereka ini tidak membawa maksud ape-ape kerana jelas Mizz Nina masih belum memikirkan untuk memperoleh anak buat masa terdekat.

Lagi gambo after le jump. Read More »

counter statistics