10362224_794000494018750_1838996852_n

Kontroversi Johan cium isterinya, Ozlyn Wati di khalayak telah menjadi viral selepas majlis ABPBH2014 pada hari 5 April lalu. Namun, pemenang kategori pengacara radio lelaki popular dan isteri tetap dengan pendiriannya untuk mempertahankan perilaku yang berlaku itu.

Dipetik Ozlyn berkata

Mungkin orang ramai menganggap aksi itu keterlaluan tapi bagi kami itu biasa sebab memang jadi amalan kami di rumah sebagai cara kami tunjukkan kasih sayang dan bermanja.

Malah, amalan itu juga diamalkan terhadap anak-anak. Di rumah, misalnya kalau saya sedang lipat baju, Johan panggil saya dan dia nak saya cium dia. Malah anak saya yang sudah berusia 10 tahun, kalau dia mahu keluar rumah selepas dia minta izin dan dia akan cium papanya dulu.

Ada benarnya apa yang dikatakan Ozlyn di atas namun batasan agama harus dijaga supaya mengelak fitnah di kemudian hari.

Ozlyn berkata lagi

Saya rasa pada malam itu ramai lagi artis lain yang tiada ikatan sah, berpelukan dan berlaga pipi, kenapa tidak menjadi isu? Itu semua terpulang pada mentaliti masing-masing.

Apa yang kami buat itu bukannya menghairahkan pun. Ia sekejap saja hanya satu dua saat. Saya bangga sebab itu perkara pertama yang terlintas di fikiran suami saya dan saya dapat sama-sama merasai kemenangan dia.

Mungkin jahil didikan agama membuatkan seseorang itu mengabaikan dan mempertikai kesalahan yang dilakukan mereka. Kami mendoakan agar insan-insan ini mendapat hidayah selepas apa yang telah berlaku.