Pekin-Ibrahim-Mati-MEDIAMALAYA

Heboh di laman sosial apabila tersebar status berita palsu di laman Twitter yang tertulis pelakon Pekin Ibhiram telah kembali ke rahmatullah. Berikutan dengan penyebaran berita palsu itu, Pekin terpaksa memaklumkan perkara sebenar kepada ibunya di kampung.

Dipetik Pekin berkata

Berderau darah saya apabila diberitahu mengenai hal ini. Buat pertama kalinya, saya berhadapan dengan berita palsu sebegini.

Saya terpaksa menelefon ibu di kampung agar dia tidak terkejut dengan berita ini.

Saya sendiri lemah semangat apabila diberitahu mengenai berita palsu kematian saya, ini pula ibu saya yang sudah berusia

Tweet mengenai berita kematian saya tersebar luas sehinggakan ada yang memuat naik gambar untuk mengucapkan takziah.

Saya sedang cuba memaklumkan kepada rakan-rakan bahawa berita itu adalah tidak benar sama sekali