Pelawak dan penyampai radio popular Din Beramboi atau nama sebenar Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 12.35 malam tadi di Hospital Selayang.
Kematian Allahyarham disahkan oleh Pengurus Saluran Astro Prima, Nizam Sani yang dihubungi oleh mStar Online.
Ketika diminta untuk mengulas mengenai berita sedih itu, Nizam bagaimanapun masih belum bersedia memberikan sebarang komen kerana masih terkejut. Pihak keluarga dan rakan terdekat Allahyarham juga gagal dihubungi.
Din yang dimasukkan ke Wad Rawatan Rapi (ICU) kerana mengidap Dengue Shock Syndrome sudah berada dalam keadaan kritikal sejak petang semalam. Allahyarham dimasukkan ke hospital pada petang Isnin lalu selepas mengalami demam yang mempunyai tanda-tanda denggi.
Takziah buat family abg din,
Al-Fatihah utk arwah,
smoga ditempatkan dlm kalangan org beriman..
Takziah,semuga aruah ditempatkan bersama orang2 yang beriman.Amin
& akhirnya…alfatihah
Innalillahiwainna ilaihi rojiun….Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau…Amin…Al-Fatihah…
Takziah buat family, semoga tabah dgn ujian ini.
Teringat lai komen arwah mase program raja lawak ari tu, arwah ade kate ke Alex 'Bila saya xde kat radio Era nanti awak ganti saya'. Mungkin kebetulan anyway seme makhluk yg hidup pasti akan mati just tatau bila atau camne.. Al-Fatihah
sedeh rasenye..aku minat gk din beramboi ni..mcm x cy jer..die kan lawak gk dlm raja lawak tu..dh ajal..takziah
ni first time aku dgr ko minat kat artis mesia, well dia ni pelawak yg xde pown aku dgr cite2 negatif psl dia…
wpun aku xde aaa minat ngan lawak dia tp terasa gak bile dia yg suke menceriakan org, tetiba terlantar sakit, kejap je sakit tuhan dah 'jemput' dia, xde aaa sakit lelama cam sesetengah org. he must be a good person dan ramai org syg, well Allah lebih menyayangi dia.
Moga rohnya dicucuri rahmat.
Al-Fatihah.