Wednesday , October 22 2014
Home / Gossip Panas / pemain gitar kumpulan Estranged pegang anjing

pemain gitar kumpulan Estranged pegang anjing

Dipetik dari Utusan Mingguan

Menurut Mike, dia terima gambar itu daripada rakannya dan minta Niezam komen gambar itu yang menampilkan pemain gitar kumpulan Estranged iaitu Din Hormatov. Macam nilah Mike. Niezam tak mahu nak bersyarah berjela-jela sebab tak semua orang suka dengar orang membebel.

Sebelum Din pegang anjing, sudah ramai artis kita yang buat benda yang sama. Pelakon Syarifah Sofia dan bekas penyanyi kumpulan Res2 – Baby pun pernah “kantoi” gambar-gambar pegang anjing.

Untuk makluman Mike, nak pegang anjing atau babi sekalipun tak salah jika bersebab. Orang Islam yang jadi doktor haiwan pun kadang-kala terpaksa pegang anjing juga.

Malah sesiapa saja nak pegang anjing atau lebih daripada anjing pun boleh asalkan dia orang kena samak selepas itu kerana binatang itu najis bagi orang Islam. Mudah saja.

Tapi masalahnya artis-artis kita ini bahalol semacam. Dia orang suka mencetuskan kontroversi dengan menyebarkan gambar-gambar pegang anjing, pegang botol arak dan aksi-aksi tidak senonoh dalam laman sosial masing-masing.

Inilah masalah besar artis kita yang tak pandai jaga maruah sebagai “public figure”. Dalam banyak-banyak haiwan kenapa gambar pegang anjing pula yang hendak dipertontonkan kepada orang kerana ia akan mencetuskan isu sensitif.

Jadi kepada mana-mana artis yang mungkin ada pelihara sekandang anjing sekalipun, jangan sesekali sebarkan gambar-gambar itu dalam jaringan sosial anda.

Tak ada apa yang hendak dibanggakan kalau kita memelihara anjing apatah lagi jika memegangnya sampai dibawa ke bilik tidur.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

24 comments

  1. namenya pun nk carik publisiti…! mcm x biasa plak….

  2. comelllllnye anjing2 tu. :)))) ala kalau bela untuk kebaikan takpe la mcam guard rumah ke. tp jgnla sampai masuk rumah. Anjing pun makhluk Tuhan, malah anjing juga ada yang sudah dijanjikan syurga. Kalau anjing tu haram, tak mungkin lah Tuhan bagi dia masuk syurga. (Rujuk anjing Ashabul Kahfi).

    Cuma Tuhan kata jangan pegang bila dia basah/air liur. Kalau terkena, kene samak. Itu aja. Tak ada yang haram. Mentaliti melayu je bengong sikit. Padahal Islam tu mudah. Melayu yang menyusahkan diri sendiri.

  3. errr. dy tu islam ke?

  4. tu bkn anjing laaaaaa… tu grey wolves tu bai!! xkn la xleh nk differentiate

  5. serigala tu bkn ke keturunan anjing jgk ke???..bkn ke anjing serta keturunannye haram…mmg la kt bole pegang lps tu samak blk mslhnye diorg ni larat ke nk samak hari2..kalu dh peluk2 anjing tu dgn baju2 skali la kene samak kan…

  6. klik link ni kalo nk tau lebih lanjut..
    http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?…

    Assalaamu`alaikum

    Serigala dan anjing punyai hukum yang berbeza.

    Dalam mazhab Syafi`e anjing adalah najis mughollazoh.
    Sebaliknya serigala tidak najis.
    Kecuali serigala zuriat kacukan dengan anjing.
    Jika tidak diketahui, ambilllah hukum asal serigala tidak najis.

    yg dia pegang tu serigala bukan anjing..

  7. HAHAHAHAHA

    ini Hanjeng ke?????

    Woih, ini namanya SERIGALA la!!

    Tu lah, pakai taip ajer ikut suka, asal nampak macam anjing ajer, dia kata itu anjing….

    Lain kali belajar ilmu haiwan lebih sikit…

    HAHAHAHA…

  8. haha..
    siapa penulis sebenar ni?
    Niezam ke..

    tu la, selalu je nak cari kebodohan org, kan dah terserlah kebodohan diri sendiri.

  9. korang nie bodoh ke…buat malu islam..memang lah anjing tue haram..
    tp haram jika basah…
    lagi pun anjing ciptaan Allah..
    ada Allah melarang kita memelihara anjing.??kita boleh samak…
    ok lah dia pegan anjing..dari dia makan babi..
    korang nie kecoh…..
    jaga dosa kalian sendiri..entah2 dia lagi baik dari korang….

  10. aik.. melayu islam pgang anjing..?? agak2 nya dia bkn islam kot..?/ islam melarang umatnya menyentuh binatang2 yang dilarang sama sekali..tapi kalau x sengaja pown x logik jga tak kan..x perasan kot yang dipegang nya 2 anjing or kucing ..?? teringat trus cita – T.F.M – keta brtukar jdi robot.. tapi 2 x pe la kn 2 filem.. – effect -bgus.. kalau kehidupan nie x kan KUCING brtukar jdi ANJING kot..?? sampai x perasan apa yg di sentuh nya..

    – HARAP MAAF JIKA SAYA TERKASAR BAHASA-

    – EMMY IRACLE –

  11. Hukum pegang anjing dan babi adalah haram bagi orang Islam andainya tersentuh hendaklah cuci dengan air tanah sekali dan air biasa enam kali. Harap orang Islam belajarlah tentang hukum-hukum Islam supaya tidak tersasar.

  12. Hukum sentoh bagi dan anjing adalah haram didalam ugama Islam andainya tersentoh hendahlah di cuci dengan air tanah sekali dan air bersih enam kali. Sebagai orang Islam hendaklah belajar tentang hukum haram dan halal agar tidak tersasar.

  13. KECOH SANGAT KALAU BAB ARTIS PEGANG ANJING..Y????
    YANG SEBENARNYA,SENTUH,USAP ANJING XBERDOSA DAN XSALAH..(SAMAK LA LPS 2)
    TAPI YANG SALAH DAN YANG BDOSA DUK PGANG ANK DARA ORG, DUK PGG YG BKN MHRAM..2 BARU DOSA..SALAH..XMALU KA???….SO,RENUNG2KN..^_^

  14. betul cakap hahahah
    pegang babi dan anjing maner ada dosa….bukan ke boleh samak….
    pegan ank dara org lagi dosa…..
    aik yekali kaji hukum dulu br boleh cakap……
    pergi tgk youtube reply dari ustaz mengenai ada gadis islam dari jgbtn perternakan pegang babi…
    ustaz tue sendiri cakap..pegang babi dan anjing mana ada haram..makan babi tue haram…pegang org bukan muhrim pon haram

  15. Russel Angelholic Kaoru

    kiut plak anjing tue !!

  16. “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang Yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Al-Baqarah : 173). Cukup jelaslah..Tak payah nak pegang anjing atau babi lagi, kecuali sdra/i memang dah tak mau jadi orang Islam..MURTAD!

counter statistics