Friday , September 30 2016
Home / Gossip Panas / Penampilan Terbaru Saiful MI Serupa Mak Nyah

Penampilan Terbaru Saiful MI Serupa Mak Nyah

saiful-malaysia-idol

SEDANG leka menyiapkan kenyataan daripada pelakon comel, Nora Danish mengenai namanya yang terpalit gara-gara kontroversi yang melanda industri hiburan sepanjang minggu ini, Zubir menerima sampul surat bersaiz A4. Apabila dibuka isi kandungannya, Zubir terkejut kerana ia mengandungi empat keping gambar ‘drag’ seorang bintang realiti yang Zubir kenal sangat wajahnya, Saiful Malaysian Idol (MI)!

Satu daripada gambar berkenaan, memaparkan wajah solo Saiful dan tertera di bawah gambar berkenaan dengan tulisan tangan – ‘Saiful Malaysia Idol 1’. Tiga keping lagi gambar berkenaan memaparkan Saiful bersama beberapa rakan wanita yang mungkin sedang berhibur di pusat hiburan atau sedang menjayakan sebuah pertunjukan fesyen.

Zubir pula tidak mengenali Saiful secara dekat, tahu tahulah dia adalah bintang kelahiran MI musim pertama apabila juara memihak kepada Jaclyn Victor. Bagi Zubir, sesuatu yang unik pada diri Saiful atau Mohd Saiful Bakeri ialah wajah lelakinya yang ‘cantik’! Silap pandang, mungkin orang boleh buat tafsiran, Saiful seorang perempuan, tapi hakikatnya dia adalah seorang lelaki, kelahiran Kuching, Sarawak.

Zubir juga sering mendengar lagu saduran popular Saiful, Ku Juga Mencintaimu dan dia juga baru lahir dengan album keduanya, Aku Ada Di Sini, terbitan Sony BMG Music Entertainment.

Pun begitu, sebelum ini Zubir pernah terdengar ura-ura, kerana memiliki wajah lelaki ‘cantik’, kononnya Saiful gemar bersolek tebal, selain suka mengenakan pakaian perempuan pada waktu malam. Zubir juga pernah terbaca gosip mengenainya, namun Saiful sudah pun membuat penafian mengenai perkara itu.

“Saya memang lelaki tulen dan saya tidak perlu untuk membuktikan apa-apa semata-mata untuk memuaskan hati semua pihak. Lagipun, tak semua lelaki yang berjambang dan bermisai itu tulen,” kata Saiful mempertahankan dirinya apabila kenyataannya itu pernah disiarkan menerusi Berita Harian terbitan 3 Mac 2007.

Kini, gambar transformasi Saiful kepada seorang ‘wanita’ singgah ke tangan Zubir. Zubir pula tidak mahu membuat sebarang andaian yang bukan-bukan kerana pastinya Saiful ada alasan tersendiri mengenai gambar yang disebarkan kepada pihak media massa itu. Mungkin juga Saiful ingin membuat penafian, gambar itu bukan dirinya dan ia adalah pelanduk dua serupa seperti yang pernah dijelaskan Saiful kepada wartawan sebelum ini.

Biarlah pembaca B*Pop dan peminat Saiful menjadi hakim, sekali gus ‘menjatuhkan hukuman’ sama ada gambar ‘drag’ yang disiarkan ini milik Saiful atau orang lain atau mungkin ini juga satu fitnah untuk memburuk-burukkan lagi imej Saiful sebagai penyanyi.

Sebenarnya Zubir kasihan juga melihat perjalanan seni Saiful yang boleh dikatakan agak perlahan dibandingkan dengan bintang realiti lain. Zubir juga pernah melihat Saiful menangis di depan wartawan yang menemubualnya apabila bercakap mengenai penjualan albumnya yang kurang mendapat sambutan apabila kehadiran album barunya seolah-olah di pandang sepi.

Beginilah Saiful, bukan mudah bergelar seorang bintang atau artis realiti yang pastinya berdepan dengan persaingan. Bukanlah hendak menuduh sebarangan, tapi sekiranya benar Saiful terperangkap dengan krisis identiti yang serius, masih belum terlambat dia memperbetulkan kesilapannya.

Sumber: Dua Imej Saiful (Malaysia Idol)

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

02-remy-ishak-pasang-bodyguard-mediamalaya

Remy Ishak kini dikawal pengawal peribadi selepas terima ugutan bunuh (7 Gambar)

Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara ...

9 comments

  1. GELEMANNYA AKU TENGOK.. BETUL KE NIE..

  2. aku nengok xsama pon muka laki n muka pompuan tu, ada iras je…sama nye tidak

  3. DIA LA BA TU!! DIA MMG LEMBUT PUN……….

  4. lucu la cerita saiful ni…;))

  5. si saiful ni memalukan org Sarawak jer…mmg bodoh..

  6. XSAMA LANGSUNG..MKA THAT LADIES NMPAK CENGKUNG BERBANDING SYAIFUL..DAGU THAT GIRL POWN TERLALU RUNCING BERBANDING SYAIFUL.HUHUKWN2 YG PENTING ALWAYS THINK +VE TERHADAP ORNG LEN,AGARSUATU MASA NNT BLE ADER ANDAIAN BROK ORNG TRHDP KT.MGKIN MSH ADE YG +VE THINK TRHDP DRI KT.

  7. tak baik kutuk dia….maybe orang lain kot..

  8. I have a comment ttg perihal die. k. saiful tu kwn saya. Saya pun dari Kuching Sarawak.
    Tllg jgn buat ape2 komen yg tak baek ttg die. Betol ke tidak Allah je yg tau. do not make assumptions if you don have any facts…. Klu pun die berDRAG ke pakai gincu ke….who are we to judge him??? Klu kite tak bagi org tu makan dan tak membesarkan org itu…apa hak kite. Klu saya kutuk anda2 sekalian sedangkan saya tidak mengenali kamu sekalian, anda tak marah ke… So please….keep your opinion to yourself..

counter statistics