Sunday , December 4 2016
Home / Dunia Artis / Pencuri RM50 ribu Lisa Surihani di dakwa, tidak mengaku bersalah

Pencuri RM50 ribu Lisa Surihani di dakwa, tidak mengaku bersalah

Tahniah PDRM kerana menyelesaikan kes ini tidak sampai 6 bulan! Mungkin sebab public figure kot. Kami nak setelkan kes mahkamah pun mahu berbulan-bulan. Heh.

Seorang bekas kerani bank, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuantan terhadap dua pertuduhan mengeluarkan wang milik pelakon Lisa Surihani Mohamed dan ibunya berjumlah RM50,772.40 Januari lepas.

Shawallinah Jaffar, 31, dari Kudat, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank cawangan Taman Tas, di Taman Pandan Damai, Kuantan antara 7 dan 10 Januari lepas.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 14 tahun dengan sebatan dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Sementara bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa menyalahgunakan sekeping kad mesin teller automatik (ATM) milik Lisa dan boleh dikenakan penjara maksimum lima tahun dengan sebatan dan didenda.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

6-julia-ziegler-kahwin-mediamalaya

Julia Ziegler Kahwin Jurutera Januari 2017 (6 Gambar)

Untung badan jadi artis. Pelakon Julia Ziegler akan menamatkan zaman bujangnya dengan bakal menikahi seorang ...

6 comments

  1. rasanya bukan artis saja yang hilang duit dalam bank tapi ramai lagi yang jadi mangsa…tapi sebabkan artis ni seorang selebriti jadi diberi perhatian lebih oleh pihak pdrm….org biasa juge diberi perhatian tapi tak la mcm artis. in the end….artis dapat balik duit dia tp org biasa sampai skrg tak dpt apa pun…double standard!

    • betol2.. setuju,, kalo macam kite ni bertahun2 nk settle..

      • ya setuju jugak.. hilang duit dlm bank, bank tak ngaku salah suh report polis..pastu senyap gitu jer.. kalu artis lajuuuuuu jer derang wat siasatan..

  2. Eleh..dah dapat duit tu 4-5 hari dari tarikh hilang..tp saje nak biar lama2 supaya boleh jd hot n spicy..konon nak tarik perhatian org dan bg nasihat konon suruh pantau wang simpanan..x yah la lisa..klu bukan rezeki ko jd bintang popular kt malaysia ni ko buatla mcm mane pun..allah tu maha adil lisa..mmg org tu dah bersalah..tp dia dah pulangkn semua duit tu dkt kau..tp kau masih nak heret smpai dia masuk penjara kan..

  3. Sape yg mencuri tu potong tgn…salah tetap salah…

  4. Org x kena mmg lah bole komen bagai….si pencuri tu mmg patut dihukum…..klu x dia bangga 1 kampung bile dia dibebaskan… Bnyk kes berlaku, bukan setakat kat bank tpi kat tempat keje pun Ada. Menganiayakan teman sepejabat….Pahtu suap polis supaya kes digugurkan….pesalah Masih bebas kat luar. Siam canang kat org, dia x bersalah….! Tuhan maha Adil, org mcm ni mmg x selamat mana Saje dia pergi.

counter statistics