Sunday , September 25 2016
Home / Isu Dalam Negara / Penjawat Awam terima surat “AMARAN” menjalankan Perniagaan Internet

Penjawat Awam terima surat “AMARAN” menjalankan Perniagaan Internet

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) telah mengeluarkan satu surat khas bertarikh 6 Mac 2014 bertajuk Pemantauan Ke Atas Pegawai Awam Yang Menjalankan Perniagaan Dalam Talian.

Di dalam surat tersebut, JPA telah memaklumkan mengenai tanggungjaawb pegawai awam dalam memelihara integriti perkhidmatan awam semasa menggunakan kemudahan media sosial di internet.

Pada dasarnya, pegawai awam yang terlibat dengan perniagaan melalui media sosial atau dalam talian adalah disifatkan melakukan pekerjaan luar. Di bawah Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, mana-mana pegawai awam yang bercadang untuk melakukan pekerjaan luar hendaklah dengan terlebih dahulu mendapatkan kebenaran bertulis daripada Ketua Jabatannya.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Kemalangan-Parit-Raja-MEDIAMALAYA-2

Super Ngeri: Kemalangan di Parit Raja ragut dua penunggang motor (2 Gambar)

Kemalangan yang melibatkan penunggang motor dengan kenderaan yang tidak dikenal pasti telah berlaku di Parit ...

counter statistics