Sunday , December 4 2016
Home / Lain-Lain / Penunggang motor hampir maut

Penunggang motor hampir maut

ajal-tuhan-tentukan1

Wartawan dan jurugambar yang membuat liputan kemalangan maut di Kilometer 267.9 Lebuh Raya Utara Selatan (Plus), di sini, semalam, sempat merakam detik cemas seorang penunggang motosikal yang terbabas dan nyaris digilis puluhan kenderaan yang bergerak laju.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang itu, penunggang motosikal berusia lingkungan 20-an itu hampir terpelosok di bawah treler selain nyaris dilanggar puluhan kenderaan.

Kejadian itu turut disaksikan polis dan pasukan peronda lebuh raya yang berada di tempat kejadian seorang kelindan lori yang maut dilanggar kenderaan beberapa minit sebelum itu.

Polis yang berada di situ segera menahan kenderaan bagi mengelak terlanggar mangsa yang berada di tengah lebuh raya.

Orang ramai yang berada di tempat kejadian menggeleng kepala kerana tidak menyangka lelaki itu terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Identiti pemuda itu juga tidak diketahui kerana secara kebetulan sebuah ambulans yang melalui tempat kejadian berhenti dan membawa mangsa untuk mendapat rawatan di Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS).

Sementara itu, dalam kemalangan maut kira-kira jam 1.30 tengah hari, seorang kelindan lori warga India yang dikenali sebagai Balasubramaniam, 22, maut selepas dilanggar kenderaan ketika berhenti di tepi lebuh raya.

Menurut pemandu lori, M Tamil, 35, dia terpaksa memberhentikan lorinya yang pancit tayar hadapan untuk membaiki kenderaan itu.

“Selepas meletakkan bakul di belakang lori untuk memberi isyarat kepada pengguna bahawa lori mengalami kerosakan, saya dan kelindan (mangsa) duduk di atas lori sementara menunggu bantuan tiba.

“Saya kemudian keluar daripada lori dan pergi ke atas bukit berhampiran untuk membuang air kecil. Ketika sedang membuang air kecil, saya terdengar bunyi seperti berlaku perlanggaran.

“Saya segera turun dan mendapati kelindan saya terbaring berlumuran darah di kepala kerana dilanggar kenderaan,” katanya.

Menurutnya, lori dipandunya dalam perjalanan dari Seremban ke Kepong dan mangsa sudah enam bulan menjadi kelindan lori.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, mangsa mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

“Polis masih menjalankan siasatan dan sedang mengesan kenderaan yang melanggar lelaki itu,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke HTJS untuk dibedah siasat dan orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban, Inspektor Ahmad Khairi Roslan di talian 06-6033222 atau balai polis berhampiran.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

08-haiwan-tukar-mata-mediamalaya

Super Kelakar: Jika sesetengah binatang matanya tidak ditempat asal (13 Gambar)

Siapalah pedajal gambar-gambar haiwan ni. Haha!

11 comments

  1. ish ish..die slmt ke? sipi2 tu

  2. berpantang maut sebelum ajai..

  3. nnt jadi ncn dlm filem final destination…huhuhu

  4. hahahaha..kamui Gakuto….bukan ajai la..ajaL!..hahaha…..ajai tu y poyo dalam mentor tu….

  5. LAIN KALI BELI KERETA….JGN NAIK MOTO TAU…PSTI SELAMAT…

  6. nazrullah, gaji ciput camne nak beli keta?

  7. Tol tu risiko naik moto ni tinggi. So kenderaan2 lain tu alert aaa ngan si kerdil ni…. cian diorg tu maybe x mampu nk berkereta ( sbb ade gak species ade kete tp nk elak jammed naik moto), so bertimbang rasalah di jln raya…. Apa pun, malang tak berbau, ajal maut di tangan Tuhan…

    • tapi lau naik keta eksiden berkecai badan pastu tersepit mati terseksa dalam kereta sendiri

      • bkn sume org ade duit nk pakai kete..kalo dh keje pn bese2 je..mane la ckup nk pki kete..duit umah lg..makan lagi..ape la…sbb tu la nek moto je jimat n cpt..ajal mane2 pn ade..bkn sbb nek moto je..beh org nek kete tu xde la eksiden n meninggal ek..

    • ko dh tuko gambo br ke?nmpk mude sket..hahaha

  8. gmbr tu ade cam asap2…guardian angel..hehehehe

counter statistics