Foto yang dimuat naik Abby Abadi semalam telah menimbulkan sedikit kontroversi. Mana taknya, dia memuat naik perbualan di WhatsApp bersama bekas suaminya, Norman Hakim mahu mencari suami yang handsome, baik dan penyayang seperti bekas suaminya.

Walaupun dengan nada gurau, kami beranggapan gurauan wanita yang pernah bersama dengan suami mahupun kekasih selalunya adalah panggilan rindu. Betul tak? Kemudian di muat naik pula. Pastinya ia bakal mengundang kontroversi.

Walaupun ada sesetengah yang menyokong tindakannya malah berharap mereka berdua kembali sebagai suami isteri semula, bagaimanap pula perasaan isteri Norman Hakim iaitu Memey Suhaiza dengan gambar ini? Ikuti teks penuh yang dihantar Abby Abadi selepas ini.