Advertlets Scam, Avoid it!

Pengalaman dikongsi bersama mengenai Advertlets yang kini ibarat Scammer tidak membayar kepada pelanggannya yang kurang popular dan kurang berpengaruhDulu, penulis pernah terbaca banyak rungutan dari blogger-blogger Malaysia yang menggunakan Advertlets sebagai modus operandi pengiklanan di blog mereka. Kini baru penulis sedar kenapa Advertlets digelar Scammer oleh kebanyakkan blogger Malaysia. Tika penulis menulis entri ini, masih belum menerima 2 cek yang sepatutnya dihantar oleh Advertlets kepada penulis. Jika ikut pada peraturan yang ditetapkan, cek tersebut akan dihantar 30-45 hari selepas akhir bulan dimana penulis cashoutkan duit tersebut. Maka sepatutnya cek pertama bertarikh 16 Jun 2009 sudah diterima. Tetapi sehingga kini masih belum diterima.

Jangan biarkan diri anda tertipu dengan Advertlets scammer, bantu kami isikan survey ini Isi borang ini.

Dari segi kiraan wang yang diterima seharian juga amatlah suspicious kerana pada awalan menggunakan Adverlets, duit masuk bagaikan air setiap hari. Bermula minggu berikutnya ia seperti disekat kemasukkannya menjadikannya kurang 50% dari minggu yang pertama. Dan yang menariknya minggu ke-3 dan ke-4 nilainya lebih kurang sama dengan minggu ke-2.

advertlets-scammer

Penulis sudah cuba menghubungi pihak Advertlets di mana pertanyaan tersebut tidak berjawab berminggu-minggu. Penulis sedar ramai pengunjung blog ini terdiri daripada blogger-blogger yang menggunakan Advertlets. Hentikan guna Advertlets dan gunakan Nuffnang. Kerana selambat-lambat Nuffnang, apabila kita menghubungi mereka, mereka pantas menjawab dan mereka tidak pernah lewat membayar cek anda.Baca ini: Advertlets hanya membayar setelah dikutuk? Tetapi tidak bagi penulis. Puas penulis mengutuk tetapi pihak Advertlets masih belum membayar bahagian penulis.

Antara mangsa-mangsa yang masih belum menerima bayaran dan yang sudah menerima selepas mengutuk:

ps: Sejak ditubuhkan tahun 2007, Advertlets masih diperingkat Beta. Sejak ditubuhkan juga, Advertlets masih tidak mampu membeli domain syarikatnya sendiri iaitu Advertlets dot com dot my. Tepuk dada tanya selera.Banyak perpepsi negatif Advertlets sejak ia mula ditubuhkan terutamanya dari segi pembayaran. Namun segalanya cuba ditapis mereka atas alasan  “fraud click”. Semakin banyak entri sebegini dikeluarkan, maka semakin tercemarlah reputasi Josh Lim dan Advertlets yang sememangnya benar hanya memilih bulu apabila ditanyakan mengenai bayaran.