Friday , December 9 2016
Home / Dunia Artis / Perkahwinan Dia Fadila, 1 Oktober 2010

Perkahwinan Dia Fadila, 1 Oktober 2010

Petikan diambil dari Berita Harian

TAHNIAH Cik Normah ucapkan kepada penyanyi Dia Fadila yang akan melangsungkan pernikahannya dengan Redza Abdullah Sanusi pada awal bulan depan. Akhirnya, cinta yang bertaut antara kedua-duanya diperkukuhkan dengan ikatan lebih bermakna apabila status tunang yang disandang sejak awal tahun, akan bertukar menjadi suami-isteri pula sedikit masa lagi.

Khabarnya, majlis akad nikah merpati dua sejoli ini akan diadakan pada 1 Oktober di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, manakala majlis persandingan pula akan dilangsungkan pada 3 Oktober.

Cik Normah dan rakan-rakan di pejabat turut mendapat undangan ke majlis terbabit, yang pastinya berlangsung dalam suasana penuh meriah dan gilang-gemilang. Dia sendiri berkunjung ke pejabat Cik Normah pada 2 September lalu untuk menghantar kad undangan.

Jika tiada aral melintang, Cik Normah memang akan muncul pada majlis yang diadakan di ibu kota itu. Maklumlah, bukan selalu Cik Normah dapat makan nasi minyak penyanyi terkenal seperti Dia ni.

Khabarnya, penyanyi yang juga guru vokal ini akan mengenakan persalinan rekaan Bill Keith pada hari bersejarahnya nanti. Tentu penampilannya akan bertambah berseri-seri dengan rekaan pereka terkemuka terbabit.

Cik Normah juga dengar cerita, banyak persiapan seperti cendera mata untuk tetamu disediakan sendiri oleh Dia, dengan bantuan ibu tercinta, Azanah Abdul Raof. Wah, kalau macam ni, silap hari bulan, Dia boleh buka kedai kraftangannya sendiri.

Khabarnya juga, bapa Dia, Abu Bakar Sudin, sedih sangat hendak melepaskan puteri kesayangannya ini. Kini, bapanya terpaksalah membiasakan diri hidup tanpa anak perempuan yang satu ini.
Kalau tak silap pendengaran Cik Normah, Dia ada menyebut mengenai kesukaran untuk mendapatkan dewan bagi majlis persandingan pada Oktober nanti. Katanya, ramai sangat pasangan yang hendak mendirikan rumah tangga pada tarikh terbabit.
Nasibnya agak baik apabila ada pasangan yang menarik diri pada 3 Oktober, membolehkan majlisnya dilangsungkan di dewan dikehendaki, pada hari itu.

Cuma harapan Cik Normah, selepas kahwin nanti, janganlah pula Dia mengundur diri terus dari dunia seni. Dia antara penyanyi yang sememangnya mempunyai vokal cukup baik. Jika tidak, tentu lagu nyanyiannya seperti Jat Da Da Da dan Andai tidak akan diminati ramai peminat, termasuk Cik Normah sendiri.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

3-gegar-vaganza-3-akhir-mediamalaya

Azharina Juara Gegar Vaganza 3

Program yang berlangsung selama 8 minggu ini telah berakhir selepas Azharina telah dinobatkan sebagai juara ...

counter statistics