Baguslah, David Teo dah memohon maaf secara terbuka kepada keluarga Allahyarham Bob Kuman serta peminat-nya. Tapi memanipulasi maksud sedekah itu macam tak boleh diterima kan?
Salam sejahtera,
Salam takziah saya buat seluruh keluarga dan sahabat handai arwah Bob Kuman (Husni Bin Mohd. Rawi). Pemergian beliau sememangnya satu kehilangan buat industri hiburan Malaysia. Saya sendiri terkejut apabila mendengar berita pemergian beliau namun kita sebagai manusia harus redha dengan segala ketentuan tuhan. Allahyarham sebelum ini banyak terlibat dalam produksi saya dan beliau sangat komited dengan segala kerja yang dilakukannya. Saya juga sangat menghormati beliau sebagai sahabat dan rakan kerja.
Baca penuh after the jump.
Di kesempatan ini, saya dari lubuk hati yang dalam memohon maaf daripada keluarga Allahyarham sekiranya ada kata-kata atau tindakan saya yang menyinggung perasaan mereka. Bukanlah niat saya untuk mencetuskan sebarang isu atau kontroversi.
Saya sedar kata-kata saya dalam rancangan Melodi bertarikh 22 April 2012 saya ada menyebut tentang sumbangan yang telah saya beri di Hospital Tawakal pada tahun 2010 semasa beliau sakit. Dalam kenyataan itu, saya ada menyebut “jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah”. Di sini saya ingin menjelaskan bahawa kenyataan ini dikeluarkan semasa Arwah masih hidup, BUKANNYA setelah beliau meninggal. Penggunaan perkataan “sedekah” yang saya maksudkan adalah “derma atau sumbangan”.
Apa yang saya faham, “sedekah” bukanlah sesuatu yang hina. Selalu kita dengar “senyum adalah satu sedekah” dan “sedekahkan al-Fatihah” jika ada orang meninggal dunia. Saya anggap perkataan ini sesuatu yang suci tetapi mungkin saya tersalah tafsir.
Saya sedar kata-kata saya ini telah menyinggung perasaan keluarga dan sebilangan masyarakat terutamanya peminat dan penyokong Arwah Bob Kuman. Percayalah, demi Tuhan saya langsung tidak terlintas niat di hati untuk menyakitkan hati mana-mana pihak sedangkan beliau telah saya anggap sebagai sahabat baik saya.
Saya sekali lagi memohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki di atas kertelanjuran saya. Saya bukanlah insan sempurna yang tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Pengalaman ini akan saya jadikan pedoman untuk menempuh hari-hari yang mendatang dengan lebih berhati-hati.
Kepada semua rakan-rakan artis dan peminat, sama-sama lah kita mendoakan kesejahteraan roh Allahyarham di-sana. Diharapkan permohonan maaf ikhlas ini dapat diterima dengan hati yang ikhlas juga.
Ikhlas,
David Teo
nombor satu,,,,
kehkeh.. perak ke ko ni..web cmni blehla no satu sbb x pemes n xrmi org komen..wakakaka
Saiful Apek yg lebih2 merapu meroyan x tentu pasal.. Nasib baik Zed Zaidi pun x meroyan sama.. Betul lah tu dia kata bleh sedekah jika arwah perlu kan sumbangan.. Sedekah tu hak dia nk bg ke x dn sesiapa pun x bleh tuntut
Tiba2 terpikir..DT ni dah macam daddy chick versi moden pulak..tengok je la perempuan dieksploitasi dalam filem2 dia..tgk preview hantu botol kicap nak termuntah..sedih si wawa tu dipergunakan
sape yg karang speech david teo ni? pandai die upah org goreng ayat die
I think Apek should just pray for his friend, instead of trying to create controversy.
Terbaik…..
“jika Bob Kuman perlukan sumbangan lebih, saya boleh sedekah" – i dont really like the way he said it.the word "jika.." klau nak sedekah, sedekah sja lah.jgn tunggu org brcakap lg.ni tak..he does know allahyarham perlukan bantuan ketika itu..tpi die bleh kata camtu plak.apapun..semoga roh allahyarham dirahmati Allah