Sunday , November 17 2019
Home / Isu Semasa / Professor Izzi Haji Ali Melakukan Gangguan Seksual Terhadap Pelajar UiTM? (2 Gambar)

Professor Izzi Haji Ali Melakukan Gangguan Seksual Terhadap Pelajar UiTM? (2 Gambar)

Cerita ini semakin hangat diperkatakan dan kini Pakar Motivasi Popular itu dalam siasatan polis.

Anda tidak mengenali Professor Izzi Haji Ali? Suaranya kerap kedengaran di corong-corong radio dengan deretan nasihat dan motivasi dengan tagline “Renung-renungkanlah, dan selamat beramal”.

Namun beberapa hari lalu, terdapat laporan polis yang mengaitkannya dalam kelakuan gangguan seksual terharap seorang pelajar di UiTM Arau, Perlis.

Menurut laporan polis tersebut, pelajar tersebut mengatakan telah diraba oleh professor itu bermula dari kaki hingga ke bahagian dada. Perbuatan itu adalah tanpa kerelaan pelajar tersebut.

Ikuti laporan penuh tersebut di bawah.

  • Pada 28 Mac 2014 jam lebih kurang 2.30 petang, saya (Nurul Shuhada Binti Shahadan) telah pergi ke pejabat Prof Izzi (MD Izuddin Bin Hj Ali) Komplek Star No F204 dalam UiTM Arau Perlis untuk mengulangkaji pelajaran matematik. Semasa didalam pejabatnya, terdapat saya dan (2) rakan saya nama: Nur Erina Fazlin dan Nur Syafina.
  • Kemudian Prof Izzi Haji Ali telah datang ke arah saya dan duduk bersila di sebelah saya.
  • Selepas itu, saya telah bertanyakan kepada Prof Izzi Hj Ali berkenaan dengan subjeknya.
  • Tiba-tiba Prof Izzi Haji Ali telah meraba saya bermula di bahagian kaki sehingga kebahagian dada saya tanpa kerelaan saya.
  • Dalam masa yang sama juga Prof Izzi Haji Ali telah meramas buah dada saya dengan beberapa kali.
  • Dalam kejadian ini saya berasa takut untuk menghalang Prof Izzi Hj Ali melakukan perkara yang tidak senonoh terhadap saya keranasaya bimbang kertas peperiksaan akan saya ambil pada hari ahad 30/03/2014 gagal.
  • Sebelum ini Prof Izzi Haji Ali  pernah berkelakuan seperti itu di dalam kelasnya semasa sesi pembelajaran berlangsung.
  • Hampir setiap kali saya menghadiri kelasnya Prof Izzi Hj Ali berkelakuan tidak senonoh seperti mengambil kesempatan terhadap saya dengan menggeselkan kakinya ke kaki saya.
  • Saya (Nurul Shuhada Binti Shahadan) juga dapat tahu perkara ini telah berlaku kepada kawan-kawan saya yang lain. Perkara ini telah dimaklumkan kepada pihak atas UiTM Arau Perlis.
  • Tujuan saya buat laporan polis ini adalah kerana tidak puas hati dengan tindakan Prof Izzi Haji Ali memandangkan kejadian ini menjatuhkan maruah saya (Nurul Shuhada Binti Shahadan) dan bimbang takut terjadi apa-apa ke atas diri saya di kemudian hari. Datang balai buat laporan.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Dira Abu Zahar sindir Syed Saddiq di twitter

Semalam, telah berlangsungnya perlawanan akhir antara Liverpool dan Real Madrid. Perlawanan ini menjadi popular kerana ...

counter statistics