5-puteri-sarah-mengandung-mediamalaya

Puteri Sarah, pelakon dan juga isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof diberitakan bahawa kini sedang hamil empat bulan. Pasangan ini dijangka melahirkan anak sulung mereka sekitar April 2017.

Pasangan ini kelihatan teruja dalam usaha menyambut kehadiran ahli keluarga baru dalam hidup mereka. Menurut Sarah, dia tidak kisah nama apapun untuk anaknya asalkan nama tersebut bermula dengan huruf “S” sepertimana dirinya dan suami. Dipetik Sarah berkata

1-puteri-sarah-mengandung-mediamalaya

2-puteri-sarah-mengandung-mediamalaya

3-puteri-sarah-mengandung-mediamalaya

4-puteri-sarah-mengandung-mediamalaya

Sekarang ini kami sibuk cari nama tapi saya ada syarat sendiri. Tak kisahlah nama apa, janji nama itu mesti bermula dengan huruf S sebab saya nak nama anak sama dengan nama saya dan Syamsul

Setakat ini alhamdulillah, sejak awal mengandung hingga sekarang saya tidak ada alahan pagi (morning sickness). Entahlah, mungkin alahan seperti pening dan mual itu pergi kepada Syamsul kot sebab sebelum dapat tahu saya hamil, dia sering mengadu pening-pening dan rasa mual.

Sekarang ini saya cuma alah pada makanan, pantang jumpa. Saya mengidam macam-macam tapi yang kelakarnya, saya suka makanan yang sebelum ini bukan dalam senarai menu kesukaan. Sekarang ini saya idam makan BBQ dan makanan pedas yang merupakan kegemaran Syamsul.