Thursday , June 21 2018
Home / Gossip Panas / Que Haidar dikecam netizen jual Baju Melayu jenama sendiri RM380

Que Haidar dikecam netizen jual Baju Melayu jenama sendiri RM380

Pada bulan Ramadan, pastinya ramai berpusu-pusu untuk berniaga pelbagai produk dan jualan bagi menyambut bulan Syawal. Perkara ini tidak terlepas juga buat selebriti di Malaysia.

Antara yang menarik perhatian sudah pasti Aaron Aziz, Yusuf Iskandar, Neelofa dan lain-lain selebriti. Tidak ketinggalan juga, pelakon Que Haidar telah mengeluarkan baju Melayu berjenama sendiri sejak 7 tahun lalu.

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

Namun terdapat netizen telah mengecam baju Melayu itu yang dikatakan dijual pada harga yang tidak berpatutan dan sangat mahal dan mempertikaikan kualitinya.

Malah ada netizen dengan sinis memerli Que Haidar sudah tiada job lakonan kerana dikongkong isteri membuatkannya menjual baju Melayu berjenama sendiri dengan harga yang tinggi.

Isu ini telah mendapat perhatian Que Haidar sendiri dan dia telah menjawab mengenai perkara itu.

Assalamualaikum semua, just nak share sikit, Masih ada org yg mcm ni.. sy tak pernah paksa beliau utk support sy atau beli dari sy.. selalu org tua sy pesan, ukur baju di badan sendiri.. ikut kemampuan kita.. masih ada yg berpatutan harganya tapi tak ditanya, yg ditanya baju yg Exclusive jadi sy pun bagitau la harga utk baju yg ditanya, pulak diburuk-burukkan sy.. tentang diri sy yg tak laku tu, alhamdulillah allah masih kurniakan rezeki yg halal utk sy dan keluarga.. alhamdulillah.. berniaga ni sy buat hanya pada bulan ramadhan dan mmg kebanyakkan barang2 yg sy jual sgt Exclusive dan limited.. 7 tahun dah sy berniaga pd bulan ramadhan Di Bangsar Shopping Centre dan tahun ini sy fikir ingin luaskan sedikit perniagaan sy. Jadi sy buka satu lagi di Angsana Johor Bahru memandangkan sy mmg ada customers dari Johor dan Singapura yg menginginkan sy buka di Johor tahun ini, jadi tak jauh la utk mereka membeli belah dgn sy.. tak perlulah nak hina kalau tak berkemampuan dan kalau ikhlas ingin support tak semestinya beliau mesti beli, ada mcm2 cara lagi utk support.. but apa2 pun alhamdulillah ๐Ÿ˜Š๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป๐Ÿ™๐Ÿป

A post shared by Que Haidar (@the_haidars) on

Apa pendapat anda pula? Ukur baju dibadan sendiri atau jual baju berjenama sendiri dengan harga mahal tetapi kualiti tahi?

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Mufti jemput Faiz Roslan hadir Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Isu Faiz Roslan ini semakin menjadi-jadi kebelakangan ini. Bermula dengan video viral berpakaian wanita dan ...

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

counter statistics