Friday , December 9 2016
Home / Gossip Panas / Rahsia Cincin Fasha

Rahsia Cincin Fasha

fasha-cincin1

Menurut Fasha, jika tiada aral melintang dia akan bertunang September ini dan mungkin akan berkahwin pada awal tahun depan. Dia yang menunjukkan gambar cincin ‘tanda’ seperti gambar di’atas cuba menggambarkan betapa seronoknya dia. Fasha juga hanya memberi hint bakal suaminya itu seorang yang hitam manis, seorang ahli perniagaan, penyayang dan terimanya seadanya. Terima seadanya? Oh mungkin selepas ugutan oleh peguam kerabat di’Raja  dari Selatan untuk dia menutup mulut tidak membocorkan rahsia di’kekah di hotel pastinya diterima oleh bakal suaminya. Gambar superjelas  dan berita di Harian Metro menyusul…

fasha-cincin

KUALA LUMPUR: Tanpa berselindung, pelakon yang sering dipalit kontroversi, Fasha Sandha, mengesahkan hatinya kini dimiliki dan dia bakal menamatkan zaman bujang selewat-lewatnya tahun depan.

“Jika tiada aral melintang, saya akan bertunang September ini sebelum berkahwin pada awal tahun depan,” kata Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, sambil menunjukkan ‘cincin tanda’ berbentuk hati yang tersarung di jari manis tangan kirinya.

Bagaimanapun, di sebalik pengakuan itu masih timbul persoalan siapakah lelaki yang bakal bergelar suaminya kerana setakat ini belum sedia dikongsi Fasha untuk pengetahuan umum.

“Itu belum boleh saya bagi tahu sekarang. Cukuplah jika saya katakan orangnya hitam manis, dia ahli perniagaan, penyayang selain dapat menerima saya seadanya.

“Yang pasti, dia bukan suami orang, jauh lagi duda. Mungkin ada pihak mengandaikan saya dengan ‘orang itu’, tetapi bukan dia sebenarnya. Jangan salah sangka,” kata pelakon berusia 25 tahun itu sambil ketawa kecil.

Sebelum ini, dua kontroversi paling ‘meletup’ membabitkan Fasha ialah dia dikatakan menjalin hubungan dengan hartawan teknologi maklumat, Datuk Shafik Rizaal Saaban, 35, atau Datuk S serta Rizal Ashram Ramli, 38, yang juga bekas suami pelakon, Nora Mohd Danish Haniff.

Apabila ditanya hal itu, Fasha sekali lagi menafikan dia mempunyai hubungan istimewa dengan dua lelaki berkenaan, namun masih enggan mendedahkan siapakah lelaki yang kini bertakhta di hatinya.

“Saya tidak mahu perkara ini menjadi punca timbulnya banyak gosip. Biar saya serta orang terdekat saja yang tahu. Saya tidak mahu akibat pendedahan identitinya, dia menjadi ‘buruan’ media.

“Lagipun dia seorang yang suka merendah diri dan tidak mahu menonjolkan diri,” katanya dalam pertemuan dengan Metro Ahad, baru-baru ini. Dalam pertemuan itu Fasha ditemani ibunya, Hatijah Teh Man, 48, atau lebih mesra dengan panggilan Mama serta pembantu peribadinya, Jane Thomas.

Fasha yang membintangi hampir 20 filem, antaranya Cicakman, Berlari Ke Langit dan Anak Halal, juga memberitahu, selepas berkahwin kelak dia memutuskan untuk bersara daripada dunia lakonan.

Gadis kelahiran Johor Bahru, Johor, itu berkata, keputusan itu diambil kerana bakal suaminya tidak mahu dia berlakon lagi, sebaliknya lebih senang dia membabitkan diri di belakang tabir saja.

“Perancangan saya, selepas berkahwin nanti, saya mahu membuka perniagaan berkaitan bidang kecantikan atau peragaan. Bagi saya, sekarang masa paling sesuai untuk bersara.

“Ini kerana, sebelum ini sasaran saya ialah berlakon selama lima tahun sebelum bersara dan sekarang masuk tahun keenam. Lagipun, sasaran untuk memberi kesenangan kepada keluarga juga sudah saya capai,” katanya.

Ketika diminta mengulas keputusan Fasha, Mama berkata, terpulang kepada anaknya untuk melakukan apa yang terbaik, malah dia bersyukur anak kesayangannya bakal bergelar isteri.

“Ibu mana tidak mahu melihat anaknya berjaya dalam hidup selain berkahwin dengan lelaki baik.

“Saya tidak tahu bagaimana nak meluahkan perasaan syukur dan gembira. Saya mengenali teman lelaki Fasha sebagai seorang yang berhemah tinggi, baik serta menghormati orang tua,” katanya lagi.

Menurut Mama, Fasha anak yang baik dan banyak berkorban membantu keluarga.

“Mama hanya mampu menasihatkan Fasha supaya bersabar dengan pelbagai dugaan yang menimpa. Sebagai ibu, Mama bangga dengan pencapaiannya,” katanya.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

hp-ayda-jebat-dirampas-mediamalaya

Video Telefon Bimbit Ayda Jebat Dirampas Penganjur Ketika Selfie Lee Kwang Soo

Video telefon bimbit Ayda Jebat dirampas pengawal pengajur ketika beliau dalam cubaan berselfie dengan artis ...

21 comments

  1. poyo lah tayang cincin….tah kawen cerai je..ceh

  2. oran len pun nk kawen gak…xtunjuk pun cincin..

  3. alaaaa…. bru cincin tanda…. jgn kta kawin tunag pon blum dhkecoh…..

  4. Diva_Bermulut_Puaka

    ish…mek dinch minat langsung fasha sundelz nie….pencaras laki oarang…dah tue x ngaku pulak…haruslah ko tue kawin…ko tue kan plastik sangat…dah rampas laki orang, buat x tau…mek x berkean betul dengan pernagai ala-ala hanj*ng ko tue….

  5. poyo la fasha sendat ni…cincin mcm beli kat pasar malam jek

  6. cincin buruk la tu..hahaha..dh la di angkut sane sni..pompan xde maruah mcm tu la

  7. memang si fasha ni, tak pernah insaf.clubbinglah, rampas suami oranglah,tayang inilah, tayang itulah.Benci betul bila dengar nama dia.tak layak jadi artis.Tak cukup kalau cantik je. Bersopanlah sikit.

  8. Terima seadanya? Oh mungkin selepas ugutan oleh peguam kerabat di’Raja dari Selatan untuk dia menutup mulut tidak membocorkan rahsia di’kekah di hotel pastinya diterima oleh bakal suaminya. Gambar superjelas dan berita di Harian Metro menyusul…

    AKU SUKA PERKATAAN DI KEKAH………………………….MUAH3X…….LU PIKI LA SENDIRI…

  9. B) DOAKAN YANG BAIK-BAIK LAH UNTUK FASHA

  10. ramai nye org x ske fasha…
    2 fasha…cube pk blk pe yg u da wat smpi rmai sgt org x ske kt u…
    mmg manusia x lari dr dengki mendengki,tp kte kne jge jgk dr x d fitnah kan…
    am i rite?

  11. dah lama x dengar citer pasal fasha ni…….still kene boikot lagi ke…??

    http://kakikereta23.blogspot.com/

  12. aiyah..takde taste la itu cincin. kg dot com la ko ni pasah. all the money and no personal style.

  13. cam cincin gule jer yg jual kt p.mlm 1 btg 20sen jek

  14. cincin cm logo eskem walls je.. beli eskem walls pecuma cincin.. yeahhh

  15. buat dose kering je…………

  16. amboi fasha…cincin mahal…

  17. adesss
    dia cantik tp berselindung di sebalik kelembutannye
    aku plg benci org hipokrit dan main selindung2 ni

    cuba jd mcm fazura tu
    walaupun dia mmg budak liar
    dan dia sendiri mengaku tp
    dia tak hipokrit
    comel pun comel
    go fazura go

  18. akum i hope you can face and brave your safe when people say about you

counter statistics