Raja-Farah-Megat-Cerai-MEDIAMALAYA

Berita terbaru melalui kenyataan Raja Farah di Berita Harian mengakui sudah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 5 Mei lalu.

Raja Farah pernah digosipkan mengalami masalah rumahtangga sekitar tahun 2014 namun dinafikan oleh artis itu. Menurutnya, mereka kini sudah tidak tinggal sebumbung sejak dua bulan lepas kerana tidak bersefahaman di mana suaminya di Kelantan manakala dia menetap bersama keluarga di Kuala Lumpur.

Dipetik Raja Farah berkata

Kami sudah tidak sefahaman. Kes kami akan dibicarakan esok. Sudah lama saya boleh katakan kami tidak dapat hidup bersama. Akhirnya, perpisahan ini yang akan menjadi jalan terbaik. Ikutkan hati memang tak mahu ia berakhir begini.

Kami sudah hidup bersama cuma belum ada rezeki menimang anak. Susah senang kami lalui selama ini. Tapi ini suratan yang harus saya terima. Kekuatan mahu atau tidak perlu datang dalam diri. Saya banyak dekatkan diri berdoa semoga dipermudahkan segala-galanya, keluarga juga tak putus memberi sokongan.