Remy Ishak Diugut Bunuh oleh Wanita MEDIAMALAYA

Pelakon terkenal, Remy Ishak dikatakan telah menerima ugutan bunuh gara-gara menolak pelawaan untuk berjumpa dengan seorang wanita berstatus kenamaan.

Menerusi laporan di Harian Metro, Remy menerima ugutan tersebut melalui panggilan telefon pada Isnin lalu apabila dihubungi oleh seorang lelaki yang dipercayai “orang suruhan” wanita tersebut.

Remy telah menolak pelawaan itu secara baik sebelum telefon itu diserakan kepada wanita berkenaan. Sebaik telefon bertukar tangan, wanita tersebut mengugut mahu membunuh selebriti itu jika enggan bertemunya.

Menurut Remy lagi, dia kerap menerima ugutan daripada wanita yang sama beberapa bulan lalu apabila wanita itu mengajak Remy untuk menjalankan perniagaan bersama.