Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara tidak mahu bertemu dan bekerjasama dalam perniagaan degan seorang usahawan wanita dari negeri di Pantai Timur.
BACA: Remy Ishak diugut bunuh gara-gara tidak mahu menemui wanita kenamaan
Susulan dari insiden itu, pelakon itu bertindak untuk mengupah pengawal peribadi (bodyguard) demi menjaga keselamatan dirinya. Walaubagaimanapun, kami difahamkan Remy Ishak enggan menyatakan berapa jumlah pengawal peribadi yang telah diupah bagi menjaga keselamatannya.
Dipetik Remy berkata
Terus-terang saya tidak selesa bergerak ke mana-mana kerana benda belum selesai. Polis masih buat siasatan dan saya kena sabar menanti. Selagi tidak selesai ia mengganggu banyak perkara.