Mesti ramai tertanye-tanye, kenapa kami reviu filem tertentu saje? Jawapannye kerana kesemue filem yang akan kami reviu dan publish di blog adalah kerana filem tersebut mengecewakan perasaan kami. Jika tidak keluar di sini, maka filem tersebut telah layak melepasi LPMM, Lembaga Penapisan Media Malaya.

Ok meh sini kami reviu cite arahan Pierre Andre ni yang diberi tajuk Al-Hijab. Dengar saje Al-Hijab, pasti ramai anggap hantunye ibarat wanita berpurdah. Tapi sebenarnya ia tiada kaitan dengan wanita berpurdah. Al-Hijab di dalam filem ini bermaksud tirai  atau aura yang menutup mata manusia dari melihat makhluk-makhluk halus. Dalam filem ini, Pierre seorang manusia yang berlagak kerana seumur hidup tidak pernah nampak atau diganggu hantu sehinggakan Hijabnya dibuka oleh seorang dukun perempuan.

Ketepikan sinopsis, tujuan utama kami ialah mengkritik filem ini.

Permulaan scene yang menarik membuatkan kami ternanti-nanti apakah scene seram seterusnya. Tapi mengecewakan kerana terlalu banyak babak perbualan yang tidak penting. Kami rasakan, pengarah filem perlu mengurangkan plot perbualan producer-producer terkenal mencari pelakon untuk filem seram mereka kerana filem seram ini kurang scene seram! Kalau anda sukakan filem seram yang meleweh. Tahniah! Ini filemnya. Babak percintaan gedik Pierre & Fathia, kami rasakan kurang perlu di dalam filem berunsurkan seram ini. Banyakkan seram bukan scene romantik!

Ape pun, filem ini worth a watch walaupun babak bual kosong lebih banyak dari babak seram. Kami suka Nur Fathia dalam filem ni, lakonannya mantap malah lakonan Lisa Surihani lebih kayu daripadanya. Babak yang masih terngiang-ngiang di dalam kepala hotak kami, ialah babak terakhir, apabila Pierre bertanyekan bagaimana Nur Fathia boleh masuk ke dalam rumah. Jeng! Jeng! Jeng! Ini scares the hell out of us!