Saturday , October 1 2016
Home / Dunia Artis / RM350 ribu untuk juara Mahajara Lawak Mega, Osbon

RM350 ribu untuk juara Mahajara Lawak Mega, Osbon

Selepas sembilan minggu bertanding, akhirnya gelaran juara Maharaja Lawak Mega berjaya menjadi milik kumpulan Osbon apabila mereka memperoleh markah tertinggi, dalam pertandingan tersebut yang berlangsung di Stadium Malawati, di sini malam Jumaat.

Kemenangan Osbon yang dianggotai oleh Mohd Yusof Abdul Hamid (Os) dan Sharizan Ahmad (Abon) itu melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Boboi (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik) dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala kumpulan tunggal daripada Indonesia, Saehu mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Sumber dipetik: mStar Online

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Bakal lahir anak pertama, Nad Zainal tayang baby bump (14 Gambar)

Nad Zainal akan menyambut kelahiran anaknya sekitar bulan Oktober. Berikut antara gambar-gambar baby bump Nad ...

4 comments

  1. taniah osbon…ado malam..wkakakaka

  2. tahniah buat OSBON… terbaekkk dari ladang…

  3. tahniah osbon… tapi OS slalu kene bahan ngan ABON… cian OS

    http://www.diskaun.my

  4. best sgt…tahniah!

counter statistics