Gosip mengatakan bahawa ini merupakan isteri Roslin yang terbaru.

Hangat di Kosmo! hari ini apabila Roslin Hashim telah membuat kenyataan bahawa dia telah berkahwin lagi. Untuk kali ketiga, perkahwinannya ini telah berlangsung pada Disember yang lalu. Namun ketika ditanya oleh pihak media, Roslin enggan mendedahkan siapakah isterinya bagi menghormati keluarga isterinya.

Sebagai rekod, perkahwinan pertamanya dengan Faizah pada 30 Januari 2009 bertahan selama 12 hari sebelum menceraikan isterinya. Manakala perkahwinan keduanya dengan Nurhayati Othman pada 9 Julai 2010 diceraikan selepas 28 hari pernikahannya.

Mengikut perkiraan matematik yang kami kaji di atas perceraian sebelum-sebelumnya, adakah perkahwinan kali ketiga ini akan bertahan selama 44 hari? Jika dinilai oleh rakan berbangsa Cina, nombor ini bermaksud membawa kecelakaan.