Sunday , September 25 2016
Home / Dunia Artis / Rumah Pak Nil dimasuki pencuri, hilang RM40 ribu!

Rumah Pak Nil dimasuki pencuri, hilang RM40 ribu!


Gambar hiasan

Pengacara dan pelakon popular, Aznil Haji Nawawi mengalami kerugian RM40,000 selepas kediamannya di Taman Yarl, Kuala Lumpur telah dipecah masuk oleh penjenayah, malam kelmarin.

Menurut laporan sebuah akhbar, kejadian tersebut telah berlaku pada jam 10 malam ketika ibunya dan dua orang amah berada di rumah tersebut.

Antara barangan berharga yang berjaya dilarikan penjenayah adalah barang-barang kemas seperti cincin, gelang emas, anting-anting dan rantai kaki. Turut hilang ialah komputer riba dan beberapa helai pakaian.

Penjenayah dipercayai memasuki rumah tersebut dengan cara mengumpil besi jeriji tingkap dan berlaku tanpa disedari oleh sesiapa.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid mengesahkan kejadian tersebut dengan memberitahu rumah milik adik Aznil itu turut didiami selebriti tersebut bersama ibu dan adiknya.

Sumber dipetik: Media Hiburan

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

03-instagram-umie-aida-digodam-mediamalaya

Giliran Instagram Umie Aida Pula Digodam (4 Gambar)

Dah semacam trend pula selepas akaun Instagram seorang selebriti digodam, ia berturut kepada selebriti lain. ...

11 comments

  1. Takziah Pak NIl! Bersabarlah…

  2. aman lagi kah malaysia?

    • Visu, rumah u dah berapa kali kena pecah masuk pencuri:?

    • selagi wujud syaitan di muka bumi ni, selagi itu manusia akan membuat segala jenayah. di ceruk mana sekalipun tetap ada jenayah berlaku. kalau rasa takut duduk di malaysia ni, pegi cari negara yg takde jenayah lansung.

  3. sian…sll bl tiba time nak raya…nak bukak sekolah bab2 pecah rumah meningkat…nsb baik perompak tak mencederakan emak n anak2 pak nil…

  4. siakap senohong

    sane sini rompak samun…pehtu bunuh……mane polis2??tak bejage ke??

  5. kok ye pon letak la gmbar aznil yg elok ckit..padarrr…

  6. harap banyakla sabar ya…paknil…tp kalau boleh jgn la upload gambar yg menampakkan aurat paknil….

  7. Zack Ex- New Boys

    ni abg zack nak lapor kan kepada karam singh walia tamau TV3 SEKARANG JUGAK

  8. ish2 ..ksiann ..sbr yer abg aznil ….

counter statistics