Liputan kes khalwat Shahrizal Jaszle dengan seorang pegawai bank, Farah Nurizzati Salleh kembali selepas perbicaraan mereka dijalankan semalam.

Menurut saksi, seorang Pegawai Penguatkuasa Agama, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memberitahu mahkamah bahawa beliau melihat pelakon Shahrizal Jaszle hanya memakai boxer ketika serbuan dilakukan di apartment di Taman Sri Subang pada 16 Mei 2013.

Katanya lagi, ketika itu seorang wanita berbaju T dan berseluar pendek kelihatan terpinga-pinga ketika membuka pintu yang diserbu beliau.

Apa yang menarik, saksi menjelaskan bahawa tertuduh mengaku wanita tersebut ialah teman wanitanya dan mempunyai ikatan sah sebagai suami isteri.

Sebagai nota, Shahrizal dan Farah telah ditahan atas tuduhan khalwat di Apartment Taman Sri Subang kira-kira jam 3.30 pagi oleh unit penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hasil aduan orang ramai.