sara-yanti-kahwin

Pelakon muda, Sari Yanti Mohamad Nazari, 25, yang menempa nama menerusi drama, Kisah Kaisara, selamat melangsungkan majlis perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Mohd Eddy Casmady Che Hussin, 29, di Kampung Parit dekat sini, semalam.

Kira-kira 7,000 jemputan hadir pada majlis itu dengan persandingan diadakan kira-kira jam 1.30 tengah hari dan pasangan pengantin mengenakan busana serba putih rekaan Lynda Rahim.

Sumber: Pelakon drama Kisah Kaisara langsungkan perkahwinan (Berita Harian)