Sunday , December 21 2014
Home / Dunia Artis / Sein Ruffedge dan Nana bercerai

Sein Ruffedge dan Nana bercerai

Diambil sebulat suara dari Gua

Bekas ahli kumpulan Ruffedge dan hos Beat TV, Syed Hussein Syed Mustafa (Sein) dan pasangannya Noor Diyana Muhammad (Nana) sah bercerai dengan talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam pukul 3 petang tadi. Prosiding mahkamah dilakukan secara tertutup.

Pasangan tersebut merupakan bekas Juara Sehati Berdansa musim 3, sebuah program realiti tarian terbitan Astro. Selain sebagai penyanyi, Sein merupakan seorang pelakon dan juga terlibat sebagai ahli perniagaan, manakala Nana merupakan seorang surirumah sepenuh masa.

Sein dan Nana, yang masing-masing berusia 27 dan 26 tahun mendirikan rumahtangga pada 8 Julai 2006 dan dikurniakan dua orang cahayamata berusia 3 dan 1 tahun.

Mereka merupakan pasangan ke tujuh program realiti tersebut yang bercerai selepas Asheed (Def Gab C) & pasangannya Sharifah Noor Shima, Atilia & Ariff Johan Abdul Aziz, Dira Abu Zahar & Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid, Radhi OAG & Shazlin Sharif, Sabrina Ali & Mohamad Shahrin Abdul Halim dan Anne Ngasri & Abdul Wafi Hassan.

Sumber gambar SeiNanArmies Blog

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

8 comments

  1. datau da mesti cerai punye..ahahaha..artis2..

  2. mmg ni la law jd artis,.
    cerai x abes2.,.
    pe nk jadi laa..

  3. bile masuk sehati berdansa jer, ade saje artis bercerai.. pelik2…

  4. huhuhu sedey sgt2… nape smpi cerai… smpi ati sein curang :'(

  5. curang ke x..mcm xphm2 lak..wakakakaka

  6. artis ni kan…dorang ade rupa….ade kerjaya….sobg dorang 'bersama'bukan segalanya….x pk dosa pahala runtuhkan rumahtangga….ayat standard " tiada jodoh" or " tiada persefahaman"…padahal dua2 kemaruk nk carik orang lain..mase akad nikah, pk nak cerai ker? nyampah aku ngan hidup drama propaganda artis nie….tgk nenek moyang kita…jodoh ke akhir nyawa……

counter statistics