Penyanyi Ainan Tasneem telah menamatkan zaman bujangnya setelah dinikahi oleh jejaka pilihan hati, Mohamad Ariffudin Mohammad Swaimi. Dengan sekali lafaz mereka kini sudah bergelar pasangan suami isteri. Majlis pernikahan itu telah berlangsung sekitar jam 5.55 petang di Masjid Sultan Salahuddin Abd Aziz Shah, Shah Alam, Selangor.

Mohamad Ariffudin telah dinikahkan oleh ayah pengantin perempuan iaitu Dr Haji Ridzuan Mohd Sagir. Majlis berkenaan diadakan secara tertutup dan hanya dihadiri oleh sanak saudara kedua-dua belah pihak.