Felixia Yeap telah menamatkan zaman bujang dengan mengahwini jejaka pilihan hatinya, CEO NanoMalaysia Berhad bernama Rezal Khairi Ahmad. Majlis perkahwinan itu telah dihadiri oleh keluarga dan rakan rapat sahaja. Gambar perkahwinannya telah dikongsi melalui Instagram rasmi milik Felixia. Selamat pengantin baru!