Sharnaaz Ahmad telah menikahi Noor Nabila dengan sekali lafaz tepat jam 9.15 malam semalam.

Nabila telah menerima mas kahwin sebanyak RM1000 manakala wang hantaran telah dirahsiakan. Mereka telah dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana dan kemudian majlis pernikahan diadakan di Grand Ballroom, Royal Chulan Damansara.

Majlis resepsi akan diadakan esok (2 April 2017) di Royal Chulan Damansara manakala disebelah pihak lelaki akan diadakan di Quay Convention Centre, Pulau Pinang pada 8 April ini.