Sunday , December 11 2016
Home / Dunia Artis / Sepah Juara Maharaja Lawak, Jozan tempat kedua dan Nabil tempat ketiga

Sepah Juara Maharaja Lawak, Jozan tempat kedua dan Nabil tempat ketiga

Kemenangan Sepah yang terdiri daripada Mamat, Shuib dan Jep melayakkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM350,000 dan sebuah trofi sumbangan Astro.

Gelaran naib juara pula dimenangi oleh kumpulan Jozan (Johan dan Zizan)dengan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM250,000 berserta sebuah trofi manakala Nabil mendapat tempat ketiga dengan hadiah wang tunai RM150,000 dan sebuah trofi.

Bagaimanapun, kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke terpaksa akur dengan kedudukan di tangga keempat. Mereka mendapat wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Harith Iskander juara “Funniest Person In The World”

Kami ingin merakamkan jutaan tahniah buat pelawak, pengacara dan pelakon, Harith Iskander kerana telah menjadi ...

20 comments

  1. memang patut pun dia menang,memang best mlm td

  2. semua pelawat memang profasional la….

  3. puas hati la, semua dapat hadiah, xde pulang tangan kosong. keluar semua kaya, tp astro la lg kaya banyak undian,huhu

  4. Sepah mmg patut menang! Lawak konsisten tiap minggu..tak pernah mengecewakan…Jozan best gak tp kadang2 ada lawak macam dibuat2..tu yg org tak ketawa tu..

  5. yeah, SEPAH mmg BAIK PUNYA. congratz….

  6. rezeki anak shuib laa tu

  7. Semua finalis adalah juara. Sepah, jozan, nabil dan jambu. Hopefully, mereka semua terus menyampaikan komedi yang lebih kelakar lepas ni.

    Memang enjoy selama diorang buat persembahan dalam Maharaja Lawak. Taun depan ada lagi ke ML? Mungkin 5 tahun akan datang baru ada balik kot 🙂

  8. taniah sepah…………

  9. nur hidayah haron

    taniah sepah……….

  10. congratulations sepah..agaknya rezeki ank shuib tu..hehe

  11. yuuuhuuuuu!!

  12. walopn nabil tmpt ketiga, tp jumlah wang yg dimenangi adalah yg paling byk… nwei, tahniah sepah!

  13. dorg best sbb 3 org.. idea mstla byk… sepah boleh jd pengganti senario ahaks

    dorg mmg talented tp bab dorg buat lawak "manisnya kurma ini" mmg xpatut….. jgn la dijadikan para ulama sbg bahan lawak… dorg xpatut buat cmtu… hormati la para ulama dan mereka adalah pendorong dlm agama.. sapelah korang nk dibandingkn dgn mereka…. yg xthn lawak tersebut dpt tepukan dan sorakan org ramai…. aku mmg xgelak lgsg kalau bab camtu… byk bnd lain lg nk jdikn bhn lawak…. aku suka lg lawak nabil n jozan… kalau nk buat artis2 jd bhn lawak xheran sgt…pk2 kn la..

    • dorg bkan kutuk bro..dorg selitkan nasihat pe.yg jozan wat karektor usop haslam ngan sol tu ape citer.ko ni mcam bagus la…

  14. Anonymous.. ada aku kesah. Yg penting lawak.. sbb x de hukum atau nas kata lawak manis nye kurma ini tu menghina ulama. kau x gelak x pe asalkan kami yg tercuit hati gelak.. wakaka aku tahu kau mesti bkn peminat sepah..

  15. sepah mmg terbaik dr ladang la…hahark…mmg klakar thap gaban…

  16. sama je. jozan persenda sorang personaliti lelaki. sepah yg pempuan. sama jek. undian konsisten mmg jozan. terbaek. persembahan konsisten adalah sepah. terhebat!!!!

counter statistics