Dipetik dari Mstar

Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 26, selamat melahirkan bayi lelaki di Hospital Prince Court, Kuala Lumpur, Isnin.

Menurut bapanya, Chef Wan, bayi lelaki seberat 2.4 kilogram itu dilahirkan pada 6.13 petang.

Katanya, cucu sulungnya diberi nama Tristen Tareef yang bermaksud ‘lain dari yang lain’ dalam bahasa Arab.

“Kedua-duanya berada dalam keadaan sihat. Serina beritahu saya dia bersyukur kerana proses kelahiran itu adalah mudah,” katanya kepada mStar Online.

Chef Wan berkata, menantunya, Gavin Edward O’luanaigh atau Salahudin Ghaffar, 33, menemani Serina sepanjang proses kelahiran itu.

Katanya, dia begitu teruja menimang cucunya dan membacakan azan di telinganya.

“Tristen mirip ibu bapanya tetapi matanya sama seperti datuknya. Dia berambut hitam dan kulitnya cantik,” katanya dengan riang.