Wednesday , August 12 2020

Shaheizy Sam dan Syatilla bakal timang anak lelaki

Kami ingin merakamkan tahniah buat pelakon popular, Saheizy Sam kerana kini isterinya, Syatilla Melvin sudah pun hamil. Kandungannya kini berusia lima bulan dan isterinya mengakui tidak mengalami masalah semasa proses kehamilan itu. Dia juga beranggapan bahawa bayi yang bakal dilahirkan berkemungkinan bayi lelaki.

Dipetik Syatilla berkata

 

Alhamdulillah, ketika ini, semuanya lancar. Tidak ada apa-apa yang teruk ketika hamil. Saya tak teringin atau mengidam makanan yang bukan- bukan. Saya tak menyusahkan suami untuk dapatkan itu dan ini, mengidam benda yang pelik

Cuma berat badan saya paling ketara naik. Sebelum ini, memang susah nak naik. Dulu nak cecah 50 kilogram pun ambil masa. Sekarang, berat badan saya sudah naik jadi 59 kilogram

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Puteri Aishah positif COVID-19, kini mulai rawatan

Umum ketahui pelakon Puteri Aishah telah disahkan positif COVID-19 selepas pulang menjalani penggambaran di Scotland …

counter statistics