Azam tahun baru, mungkin? Shahz Jaszle telah memilih nama baru iaitu Shahrizal untuk tahun 2012 ini. Dia memilih name itu atas pilihan salah seorang ahli keluarganya yang menganggap ia dilihat lebih serasi dan lebih kuat auranya. Shahrizal berkata selepas menggunakan nama sebenarnya, kehidupannya lebih teratur dan stabil dari segi kewangan, kerjaya dan peribadi. Cara yang sama ini mungkin boleh dipraktikkan oleh Gambit Saifullah.

Yang pasti bertukar nama ini bukanlah sebab mahu membersihkan namanya yang menimbulkan pelbagai kontroversi sepanjang tahun 2011 seperti berpelukan dengan Maria Farida, bercium dalam satu majlis di khalayak ramai dengan Wan Sharmila, ataupun beraksi berahi dengan Prema Yin untuk satu kip video itu.

Sumber dipetik: mStar Online