Tahniah buat pelakon dan pelawak, Shamsul Ghau Ghau dan isteri selepas selamat melahirkan anak ketiga mereka pada 10 September 2013. Bayi lelaki dilahirkan sihat seberat 3.84 kilogram secara pembedahan di Hospital An-Nur, Bangi, Selangor dan diberi nama Megat Ammar Azahar.