Saturday , December 3 2016
Home / Dunia Artis / Sharnaaz Ahmad mahu bersara dunia lakonan

Sharnaaz Ahmad mahu bersara dunia lakonan

sharn

Pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta, Shanaaz Ahmad mengeluarkan kenyataan bahawa dia akan bersara dari dunia lakonan dan drama tersebut adalah lakonan terakhirnya. Sharnaaz membuat keputusan kerana tidak mahu lukai hati keluarganya kerana terlalu banyak gosip, kontroversi dan fitnah yang melanda dirinya. Antara kenyataannya dipetik

Saya bukan kecewa, tetapi dengan apa yang berlaku, satu persatu gosip dan kontroversi melanda diri, saya fikir biarlah saya berundur diri. Saya tidak mahu mengguris hati dan perasaan sesiapa lagi. Paling penting, saya tidak terus melukakan hati ibu bapa dan adik beradik, mereka adalah insan yang sentiasa berada di belakang saya ketika susah dan senang.

Saya akan menyambung semula kerja di bidang hartanah atau industri minyak dan gas yang pernah dilakukan. Saya lakukan ini demi keluarga saya. Hati ibu bapa dan keluarga saya sudah kerap kali terguris dengan cerita yang bukan-bukan, saya tidak mahu terus melukakan hati mereka. Cukuplah…

Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Saya tidak pernah membenci mereka, buatlah apa sahaja, terserah! Saya terima dengan hati terbuka. Mungkin pengunduran saya membuatkan mereka lebih senang hati. Saya keluar industri hiburan dengan hati yang rela. Asalkan saya melihat satu wajah gebira. Mungkin setakat ini saja perjuangan saya dalam dunia seni. Allah SWT Maha Kuasa.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

6-julia-ziegler-kahwin-mediamalaya

Julia Ziegler Kahwin Jurutera Januari 2017 (6 Gambar)

Untung badan jadi artis. Pelakon Julia Ziegler akan menamatkan zaman bujangnya dengan bakal menikahi seorang ...

4 comments

  1. Jgn ckp je nk bersara la..mahu bersara la..tp tgk ade je lg dlm industri ni..benti jela xde sape kisah pn..jgn ckp mcm keling dhla…puiiihh

  2. kdg2 kesian plak tgk si shahnaz nie….cam2 kontroversi jd kat dia…..pe2 pun buatlah pilihan yg terbaik utk diri sendiri dan keluarga…..

  3. utusan ari ni dah lain pulak nadanya…artis g2 la..nanti jd cam rcw..tuduh wartawan yg salah tulis…poyo gila

  4. Datau dh xkn bersara..poyo je lbh..puiii..ckp mcm keling!

counter statistics