Sunday , December 11 2016
Home / Dunia Artis / Shila Amzah menang Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik 19

Shila Amzah menang Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik 19

Julung kalinya, lagu Patah Seribu nyanyian Shila Amzah telah diangkat sebagai Lagu Terbaik dalam Anugerah Industri Muzik 19 (AIM19) yang berlangsung di Stadium Melawati, semalam. Kami tidak ingin menceritakan kemenangan yang diterima Shila Amzah. Cuma kami ingin pertikaikan, adakah kemenangan ini SETELAH Shila menempah nama di pertandingan Asian Wave 2012 pada 17 September yang lalu?

Jika Shila tidak diangkat sebagai juara di Asian Wave tempoh hari, adalah dia akan menerima nasib yang sama seperti tahun-tahun sudah? Lagunya ini bersaing dengan artis-artis terbaik seperti Jaclyn Victor dan Yuna, kami bersependapat bahawa tanpa kemenangan di Asian Wave tempoh hari, adalah agak sukar untuk Shila terpilih sebagai Anugerah Lagu Terbaik. Adakah anda bersependapat dengan kami? Adakah ini sekadar konspirasi & propaganda disebalik AIM19?

Keputusan penuh Anugerah Industri Muzik 19 selepas ini.

  1. Lagu Nasyid Terbaik – Doa (Nora)
  2. Lagu Pop Etnik Terbaik – Kuasa Cinta (Noraniza Idris & Black)
  3. Lagu Hip Hop Terbaik – Aku Maafkan Kamu (Jamal Abdillah & Malique)
  4. Lagu Inggeris Tempatan Terbaik – Counting Days (Jacyln Victor)
  5. Artis Baru Terbaik – MOJO
  6. Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu – Seperti Dulu (Forteen)
  7. Video Muzik Terbaik – Sparkle (Yuna)
  8. Lagu Pop Terbaik – Patah Seribu (Shila Amzah)
  9. Lagu Rock Terbaik – Idola (Azlan & The Typewriter)
  10. Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara – Sudah Cukup Sudah (Nirwana Band)
  11.  Anugerah Kembara – Mizz Nina
  12. Anugerah Sri Wirama – Alleycats
  13. Persembahan Vokal Terbaik Lelaki Di Dalam Lagu – Jamal Abdillah (Bahagia Sementara)
  14. Persembahan Vokal Terbaik Wanita Di Dalam Lagu – Jacyln Victor (Counting Days)
  15. Album Terbaik – SalamMusik
  16. Lagu Terbaik – Shila Amzah (Patah Seribu)

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Harith Iskander juara “Funniest Person In The World”

Kami ingin merakamkan jutaan tahniah buat pelawak, pengacara dan pelakon, Harith Iskander kerana telah menjadi ...

10 comments

  1. ad kemungkinan kt situ…sape tau ye…tp da rezki die…allah da tetapkan…terima je lah…

  2. untunglaa shanaz makwe kaye

  3. korang nie bila shila amzah menang nak dipertikaikan… kenapa??? Kan ke dah tertulis rezeki dia..? dalam banyak lagu yang disenaraikan memang lagu dia the best..simple & senang nak dilayan…. wartawan pun dah takde keje lain.. asyik nak mengondem artis jer… cuba korang pulak yang jadi penyanyi/penggubah lagu? baru korang tahu apa perasaan bila orang mengondem kamu… apa nak jadi dengan orang zaman sekarang… lain kali bagi la semangat kat pelapis baru…. nak kata bodoh.. marah pulak..

    • lol… bukan itu yang dipertikaikan… tp keputusan juri yg memilih darjat rather than bakat… politik di dalam sesuatu anugerah yg kunun2 berprestij…

    • ler bukan nak kondem artis la.. tapi lebih kepada kondem juri yang menilai. selame ni, saingan shila pun yuna & jacklyn, tapi selalu tak menang.. tp tahun ni cam lain pulak sejak name naik kat asian wave :*

  4. semua bodoh…….

  5. Menang ke kalah ke ADER AKU KISAH….

  6. aku pn x kisah die menang..xde kaitan dgn idop aku..hahaha..bkn besh pn..nyanyi teran sore je lbh..boooo

  7. Shila memang berbakat.
    Boleh nyanyi dalam bahasa melayu, inggeris dan mandarin.
    Idol Malaysia yang amat dihormati.

  8. yg kondam 2..x percaya pada rezeki dtgnya pd siapa..dah memang dia berbakat..kalau x suka pon pd satu2 artis jgn la mempertikaikan..bakat yg mereka ada..org melayu penoh dgn phd

counter statistics