Seperti yang sedia maklum, pada 13 September lepas telah berlangsungnya konsert sulung Shila Amzah di Malaysia. Agak mengejutkan apabila Shila memuat naik gambar di Insta menempelak media Melayu kerana tidak membuat liputan di konsertnya.

Perkara ini telah menimbulkan rasa tidak selesa pihak media yang mewakili Melayu. Berkenaan dengan itu, Portal Hiburan popular seperti GUA dan Murai telah bash semula artis tersebut supaya lebih berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataannya.

Ini kerana menurut mereka, pihak media Melayu tidak membuat liputan pada hari berlangsungnya konsert tersebut kerana tidak menerima sebarang jemputan ke sana. Mereka turut mengingatkan Shila betapa banyaknya sokongan media Melayu ketika dia mulai popular di China. Tapi yang peliknya, media Melayu lebih gemarkan gosip terkini Shila berbanding kejayaannya. #inourface