Friday , October 20 2017
Home / Dunia Artis / Shuib Sepahtu hadiahkan kondominium, Siti Sarah tidak pandang harta

Shuib Sepahtu hadiahkan kondominium, Siti Sarah tidak pandang harta

Beberapa hari lepas, menjadi buah mulut peminat-peminat apabila pelawak terkenal, Shuib Sepah telah menghadiahkan isterinya, seorang penyanyi, Siti Sarah sebuah kondominium sebagai tanda penghargaan buat isterinya kerana melahirkan anak ketiga.

Ketika berbicara mengenai hadiah berkenaan, Siti Sarah akui sangat terkejut dan tidak menyangka suaminya akan menghadiahkannya sebuah kondominium.

Dipetik Siti Sarah berkata

Kebiasaannya setiap kali saya melahirkan anak suami akan memberikan saya hadiah tetapi untuk anak ketiga ini, dia senyap sahaja. Tetapi saya memang tidak pernah menyangka untuk anak ketiga ini dia memberikan hadiah paling besar iaitu sebuah rumah.

Alhamdulillah ini dikatakan berkat bulan Ramadan dan tiada kata dapat saya lafazkan kerana menjadi kelu dengan tindakannya itu.

Walabagaimanapun, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia tidak pernah memandang suaminya kerana harta. Dipetik lagi,

Jujurnya saya tidak pernah memandangnya kerana harta dan sebab itu saya langsung tidak kisah apabila suami tidak dapat menyediakan kelengkapan yang selesa untuk kami ketika awal perkahwinan dahulu.

Tetapi tangisannya kerana tidak dapat memenuhkan ruang dalam rumah ketika itu membuatkan hati saya terusik dan tidak pernah meminta apa-apa daripadanya.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Koleksi Umie Nazeera dan suami berbulan madu di Eropah (16 Gambar)

Diam-diam kini sudah 2 bulan Ummi Nazeera bergelar isteri kepada Dr. Mohd Izzar Anwari. Mereka ...

One comment

  1. Pergghhh.. giler kentang pasangan nie

counter statistics