Thursday , September 29 2016
Home / Gossip Panas / Siti Nordiana confirm mohon cerai

Siti Nordiana confirm mohon cerai

nordiana-bola

Baru sahaja penulis meletakkan gambar kebahagiaan mereka pada bulan Jun yang lepas, hari ini kita dengar pula Siti Nordiana atau dulu popular Nana bola-bola api memohon perceraian ke atas suaminya. Ikuti perkembangannya di’bawah

KUALA LUMPUR: Rumah tangga pasangan selebriti muda, Siti Nordiana Alias, 25, atau mesra dengan panggilan Nana dan Mohd Faizal Yusup, 31, kini dilaporkan retak menanti belah apabila Nana dikatakan sudah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai suaminya, baru-baru ini.

Tindakan itu dipercayai diambil Nana selepas suaminya dikatakan melafazkan perkataan yang membuatkannya curiga dengan statusnya sebagai isteri.

Ketika dihubungi, Nana tidak mengia atau menafikan dakwaan itu, bagaimanapun mengakui sejak sebulan lalu rumah tangga mereka menghadapi masalah.

“Saya bukan hendak sorok kerana lambat-laun cerita ini pasti orang tahu. Cuma saya rasa sekarang bukan masa sesuai untuk saya membuat komen berikutan kes (prosiding mahkamah) belum berjalan.

“Apa yang boleh saya katakan, rumah tangga kami menghadapi masalah sehingga memaksa saya merujuk mahkamah syariah.

“Selebihnya, saya tak boleh beri komen kerana dinasihatkan untuk tidak membuat kenyataan,” katanya.

Ditanya, sama ada benar suaminya ‘melafazkan’ sesuatu yang membuatkan dia curiga akan statusnya sebagai isteri, Nana menjawab ringkas: ‘Lebih kuranglah’.

Nana juga tidak menafikan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak sebulan lalu.

“Saya reda apa juga keputusan ditetapkan mahkamah nanti. Kalau masih ada ruang untuk menyelamatkan rumah tangga, saya akan cuba sedaya-upaya,” katanya.

Nana dan Faizal bernikah pada 28 April 2006 di Masjid Kariah Sendayan, Seremban dan sepanjang tiga tahun melayari bahtera rumah tangga, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Rayyan Nakhaie yang kini berusia 17 bulan.

Sejak bergelar isteri dan ibu, Nana seakan menyepi daripada dunia nyanyian kerana mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada keluarga.

Namanya kembali diperkatakan sejak tersebar isu keretakan rumah tangganya, hujung minggu lalu.

Difahamkan, sejak tujuh bulan lalu dia bekerja sepenuh masa di Kolej Antarabangsa Unity sebagai kaunselor pendidikan.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

02-remy-ishak-pasang-bodyguard-mediamalaya

Remy Ishak kini dikawal pengawal peribadi selepas terima ugutan bunuh (7 Gambar)

Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara ...

26 comments

  1. ish2..tu la koje nye artis..kawen cerai kawen cerai..ni mesti kes laki die skg ni ligat berlakon je..ade org lain kot..huhu..xpn kes cemburu..ade org lain..hahaha..mcm2 la artis skg ni..

  2. hai…sabar lah nana…
    ni sume dugaan…
    orang laki ni kadang2 lupe pengorbanan kite sebagai isteri…
    tapi harap2 fikirkanlah semula pasal penceraian 2…
    coz penceraian ni kan perkara halal yg dibenci Allah…
    cuba cari jalan penyelesaian dulu…
    kesian kat anak…
    banyak2 lah berdoa…
    semoga nana lebih tabah…

  3. hm….kalau boleh selamatkan relatiosnhip tu, cuba lah…jgn main mintak cerai jek. jgn jadi selfish. kesian kt anak tu. tp psl2 kene tempiasnya jugak.

  4. huhuhu…sedey aaa..

    • baru je pos gambo diorang mcm happy family

      • tu psl.. harap2 diorg pegi kaunseling ngan authority. jgn le dok hebah keburukan masing2 kat media atau kua live depan tv cite hal suami atau isteri, kan lain yg dibgtau, lain plak yg kua lain plak org paham…

        • dh laki die bz blakon je skg ni..umah tangge tah kemane..sbb tu gamak nye bini die xthn..belakon bese la kepit2 dgn pompan sane sni

          • Moralnye klu species cemburu tuh dan nk hubby caring loving nk bermanje sepanjang masa jgn le kawin sesama artis…

  5. MM… tol ke ade cite artis top Indonesia kena cerai ngan hubby dia talak3 skaligus atau gosip semata2? eeeiii ngeri aaa dgr cite2 camni dibulan yg mulia ni.. Sedey 🙁

  6. ish3..ye ker yg sy dgr nie?xpatut2.dier Org muke seakan same tentu kekal tp xtau la sOal jOdOh kite jer yg mrancang tp Allah yg tentukn.sy dOakn mOga kak nana n abg faizal xjd la cerai.amin…

  7. x mesti nye muke same akan hepi

  8. jodoh tak panjang…nak buat macam mana

  9. better pegi kaunseling dlu..rugi je cerai berai ni.
    sbb 1 perkara je xkn smpi cerai..kesian kt anak dia. kecik2 mak bapak da b'cerai..sadis

  10. dh xde jodoh.. nak buat cammana…. lgpun apa guna kalu tinggal serumah tp hati masing2 x bahagia… buat nana & faizal… sabar aje… biar apa org nak kata… asalkan u all tahu apa yg u all buat… org bkn tahu kita susah ke apa… yg dia org tahu mengata….

  11. kesiannyer kat nana..tp kite x taw citer sbnr..tp knyataan dia yg mngatakan dia redha ngn kptsn mahkamah nti.tp kalo bleh slmtkan dia akan cuba sedaya upaya..nmpk kan dia sygkan faizal tu?…tp nape ekk..lelaki skrg nie..sumer mcm x sedar diri..dah kawen,watla cara org dah kawen..patut nye si faizal yg kuarkan statement akan cuba utk kembali mmberi kebahagiaan dlm rumahtangga mereka..ahh!lelaki…lelaki…
    terrr..emo lak aku..
    nana,sbr yer ..awk jgalah baby comel awk tu..comel anak awk tu.ksian dier..

  12. nana relaks byk2 erk..lelaki kalau pompuan dah xlawa memang senang je dia nak buang tanpa ada sebarang bukti…hhhmmmmmmmmmm!

  13. Peceraian adalah hasutan syaitan. Nampaknya Nana berdua telah kalah dengan hasutan tersebut. Jangan salahkan takdir kerana perceraian juga telah mengegarkan Aras dan di benci oleh Tuhan.Kebiasan nya pencerian disebabkan orang ketiga.Maka orang itulah merupakan syaitan yg sebenarnya.Yang menjadi mangsa ialah anak yang mana perjalanannya masih terlalu panjang lagi.

  14. baru je masuk rancangan semanis kurma..dlm rancangan tu bkan main mesra n siap bg tip kebahgiaan rmh tngga..kalu artis tu artis jugak depan camera muslihat belaka….

  15. apepun yg berlaku..byk2 kn memohon pertolongan dari tuhan..ni semua ujian dari Nya..jangan terlalu ikutkan emosi, fikir2 kan la…duduk bersama dan berbincang la mgkin ade sedikit salah fhm, cuba atasi dengan cara yang paling baik ye..semoga dapat bersatu kembali…amin

  16. kitorang dapat tau citer sebenar la. Korang kan tau nana tu anak orang kaya kat Felda Sendayan? Faizal tuntut nana tukar kan nama rumah banglo kat sendayan tu. Kalau nan engkar maka jatuh talak. So u all fikir lah patut ker faizal buat mcm ni? Itu harta keluarga nana kenapa dia plak beria sangat. So skrg nana dah janda. Takpe nana, sebagai peminat u kitorang tetap menyokong nana. Lagi satu citer panas, Faizal skrg tengah intim dengan sorang pompuan kaya. Confirm nak cukur pompuan tu plak kan. So kepada yang empunya diri tu jaga-jaga lah…..

  17. Laa…..awat macam tu sangat perangai dia? Ingat kan berlakon drama jadi org alim memang betul2 alim. Rupa nya sikit lebih kurang mcm iblis. Nak buat lagu mana nana….ajai n nurul serasi bersama pun dah tak rasi.Ini kan plak faizal n nana. Sabar aje lah kita insan biasa…

  18. aku sedih r dgr korang cerai ni…kesian kat anak tu…huhuhu

  19. smog nana tabah mhadapi ujian ilahi

counter statistics