Thursday , September 29 2016
Home / Gossip Panas / Siti Nordiana diceraikan talak tiga

Siti Nordiana diceraikan talak tiga

Sedih penulis membaca akhbar hari ini berkenaan perceraian Siti Nordiana. Beliau akhirnya telah selamat diceraikan suaminya, Faizal Mohd Yusup pada Ogos lalu dan mahkamah mengesahkannya semalam. Berikut adalah kata-kata Nana pada hari mahkamah mengesahkannya.

Memang saya dan dia (Faizal) sudah tidak sefahaman. Perceraian ini juga tidak boleh ditangguh lagi. Dia sudah menjatuhkan talak dua pada penghujung Ogos lalu menerusi telefon. Ketika itu dia menelefon saya untuk berbincang masalah kami. Begitupun disebabkan tiada jalan penyelesaian kami sebulat suara untuk berpisah.

Sebelum itu dia pernah menjatuhkan talak satu pada awal Ogos. Begitupun kami mengenepikan masalah itu seketika. Kami sudah tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mahu mencari jalan
penyelesaian. Dalam keadaan sedar dan dengan niat, dia menyebut dengan jelas namanya disusuli nama saya sebelum menjatuhkan talak.

Percanggahan pendapat dan tiada jalan penyelesaian punca utama perceraian ini. Soal wujudnya orang ketiga tidak timbul kerana sejak mendirikan rumah tangga sudah banyak kali kami dihimpit
berita atau gosip seperti itu.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

02-remy-ishak-pasang-bodyguard-mediamalaya

Remy Ishak kini dikawal pengawal peribadi selepas terima ugutan bunuh (7 Gambar)

Pada bulan lepas, kami ada memaparkan berita dimana pelakon, Remy Ishak menerima ugutan bunuh gara-gara ...

23 comments

  1. aik..talak 3 ke> bkn ke 2? ni tiru kes kris dayanti la ni
    uhuhu
    ape la nk jd artis2 skg ni..kawen cerai tu je la keje nye
    dunia artis ni penuh dgn maksiat mane idop nk berkat..keje berlakon kepit pompan sane sni pegang2..bengong
    cri jela keje lain
    umah tangge tah kemane!!

  2. x pe ler nana…. compare dgn u…c faizal tu pun bukannye best sgt pun….. heMsoN pun jauh skali. Cari je la yg lebih baik dari dia.

  3. Nana….x payah sedih… buang karen jek…
    hidup mesti jalan… stakat muke jawa ex laki u tu… wat the hell nk frust. i rase dr dulu dia ade niat x betul dgn u. dia couple dgn u utk dia tumpang popular u je…. skrg u dh slow, dia lak ok…so kapla dia ade batu besar duduk dalam.
    Nana….cayok! bangkit!! semangat!!! pikir anak je la….

  4. Hanya setakat itu je lah jodoh
    Sedih Jodoh tidak berpanjangan
    Maka tabah

  5. Sedihnye… harap2 Nana tabah. Well life goes on. Dia pun dah ade keje tetap alhamdulillah. Xyah aa jadi artis smula, too many nonsense dan kepura puraan.
    Aku heran tol psl Maiza ex-Akil tu, apa la pekdahnye jadi artis laks.. byk lai cabang rezeki ni (MLM pun ok, especially la ni yg online, jual lubricant ke jus manggis ke, dia kan cantik bukak butik ke salon muslimah ke) artis gak yg dia pilih… tol aaa kua mulut boye msk mulut naga.

  6. Semoga tabah Nana.
    Hope akan jumpa penganti yang lebih baik 🙂

  7. pe mslh dorg ni ..smpi xleh nk setel prob. besar sgt ke mslh nye. tgk mcm hapy family, rasa br je baca kisah dorg dlm paper.

  8. Nana…bersabarlah…ade hikmah disebalik kejadian ini…insya allah you will get a much better person…yang baik datangnya dari Allah yang buruk datangnya dari kita…

  9. yg korang…. sibuk2 nak marah faizal apahal…. kan nana dh cakap… diaorang x sefahaman…. dh xde jodoh nak buat cammana… yg korang sakit hati sangat kat faizal apahal… nana yg sedih pun x bengang cam korang…. korang yg xde apa-apa lebih2 lak…

  10. wei deme cerai talak 2 la..ape plak 3..pandai2 je ko ni mediamalaya kalo bab aibkan org ek..ceh

    • hmmmm lam metro plak, dilaporkan 2x suami ye lafax cerai, 1st tu 2 talak, 2nd tu 1 talak… so dicampur2 = 3.
      Sik tau mana btul… wat eberpun sedey aaa diorg mude lai, ank kecik lai huhuhu..

  11. Semoga nana tabah ye…saya pun dalam proses bercerai walau kami nampak macam merpati dua sejoli, hakikatnya makan hati sendirian. Cuma kami tak punya anak…kesian si comel tu

  12. naper la dgn artis malaysia ni? lps dpt ank,cerai. budak tu comel nk mamp0s.. kesian dia

  13. hai

    Semoga dapat suami yang lagi

  14. ELOK LAH TU BERCERAI BIAR SATU DUNIA TAU ARTIS KITE MCM NE ?? ARTIS M'SIA KAWIN DATUK JUGE RAMAI TAPI MASIH TETAP DI PUJA

  15. ARTI M'SIA YG HIPOKRIT PUN LAGI RAMAI… TAPI MASIH TETAP DIPUJA SIAP DIGELAR DIVA LAGI . . . NAK AKU SEBUT SATU PERSATU BLH JUGE… COMING SOON….

counter statistics