Heboh di beberapa blog personal apabila mengatakan produk keluaran SimplySiti didapati tidak mendapat kelulusan HALAL daripada pihak JAKIM kerana diperbuat daripada bulu binatang babi. Malah tuduhan itu juga melampirkan surat pekeliling daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Berikutan dengan itu, Siti Nurhaliza selaku pengeluar produk tersebut telah menjelaskan segala isu yang berkaitan melalui laman twitternya.

Semua produk SimplySiti dan berus yang digunakan dalam produk adalah mendapat kelulusan HALAL daripada JAKIM dan pemeriksaan adalah di buat sebelum setiap produk dihasilkan dan kita akan mengenalpasti dan memperbaiki setiap usaha untuk memastikan setiap produk mendapat kelulusan JAKIM.

Agak berterabur ayatnya disitu, namun penjelasannya bahawa kesemua produknya telah mendapat kelulusan pihak JAKIM. Kita tunggu jawapan daripada pihak JAKIM pula.