Friday , July 21 2017
Home / Dunia Artis / Siti Saida, kakak Datuk Siti Nurhaliza bakal berkahwin lagi

Siti Saida, kakak Datuk Siti Nurhaliza bakal berkahwin lagi

Kakak kepada penyanyi nombor 1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza, Siti Saida Tarudin telah mengesahkan akan berkahwin pada hujung tahun ini. Siti Saida yang telah menjanda selama lima tahun akan mengahwini lelaki yang dikenali sebagai Apit.

Walaubagaimanapun, Siti Saida belum bersedia berkongsi tarikh majlis perkahwinan mereka kerana masih banyak perkara belum selesai.

Dipetik Saida berkata

Betul, saya akan berkahwin tidak lama lagi cuma belum boleh maklumkan tarikh. Jika sudah ada kepastian, saya akan kongsi dengan semua.

Bagi saya perkara baik sebegini tidak salah diuar-uarkan. Jadi doakan yang terbaik untuk saya. Saya juga berharap segala yang dirancang berjalan lancar.

Siti Saida bercakap kepada media bahawa perhubungan mereka terjalin hampir empat tahun dan pernah putus selama tiga bulan. Hasil perkahwinan selama 15 tahun dengan bekas suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri, mereka dikurnikana empat cahaya mata, Siti Nuruunnyssa, 19, Anas, 17, Khalid, 13, dan Siti Nurul Mashitah, 10.

Tags

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

Bekas isteri Along Cham, Zila Seeron fesyen rambut baru (6 Gambar)

Baru-baru ini, bekas isteri kepada Along Cham telah tampil dengan gaya rambut yang baharu dan ...

counter statistics