Friday , September 30 2016
Home / Gossip Panas / SonaOne dibelasah kerabat raja sehingga pengsan

SonaOne dibelasah kerabat raja sehingga pengsan

Sebut pasal kerabat raja, kami ingatkan Caprice yang kena belasah sampai lunyai tapi rupenye orang lain. Penyanyi hip hop SonaOne atau name penuhnye Mikael Adam dibelasah sehingga pengsan di sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang pada jam 3.50 pagi semalam. SonaOne pernah menyanyi bersama Altimet & Joe Flizzow melalui lagu Who do it better. Berita penuh after the jump.

Seorang penyanyi hip hop cedera teruk di muka dan badan selepas mendakwa dibelasah seorang kerabat diraja di luar sebuah pusat beli-belah di Bukit Bintang di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.50 pagi itu, Mikael Adam Mohd Rafae, 24, yang juga artis rakaman Kartel Records dan deejay hip hop dikatakan pengsan sebelum dihantar ke sebuah hospital swasta untuk rawatan.

Mikael Adam mendakwa, ketika kejadian beliau berada dalam kereta bersama dua rakannya di luar pusat beli-belah itu sebelum didatangi seorang lelaki dikenalinya yang secara tiba-tiba menariknya keluar dari kenderaan berkenaan.

“Selepas menarik keluar dari kereta, saya dibelasah dan dipijak menyebabkan terpaksa mempertahankan diri dengan menutup muka dan kepala menggunakan tangan bagi mengelak kecederaan.

“Saya cuba meminta pertolongan rakan dan orang awam di sekitar tempat kejadian tetapi tidak sempat sebelum tidak sedarkan diri kerana cedera parah di muka,” katanya.

Mikael Adam yang turut dikenali dengan nama SonaOne berkata, beliau tidak pasti mengada dia diserang, namun kesal dengan tindakan individu terbabit yang menyerangnya hingga mengalami kecederaan parah dan terpaksa dirawat di hospital.
Mikael Adam sebelum ini menghasilkan beberapa album dan pernah membuat persembahan bersama artis hip hop, Joe Flizzow dan Altimet selain dicalonkan dalam anugerah Shout! Awards 2010 bagi kategori Hip Hop dan R&B.

Sementara itu, seorang saksi enggan dikenali membuat laporan polis berhubung kejadian itu di Balai Polis Jalan Tun Razak di sini.

Saksi itu berkata, beliau berada berhampiran tempat kejadian dan melihat mangsa dibelasah namun tidak sempat membantu sebelum menghantarnya ke hospital.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman, mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

About Musalman

Seorang jejaka yang dahagakan berita artis. Kacak bergaya dan disegani ramai. Lagak menghisap rokok sahaja membuktikan dia seorang yang optimis.

Check Also

04-fizie-hot-fm-mangsa-bogel-mediamalaya

Mangsa penyebaran gambar bogel seterusnya, Fizie Hot FM? (5 Gambar)

Bulan ni macam bulan viral gambar bogel artis pula. Selepas cerita gambar bogel Idris Khan ...

5 comments

  1. hehhh..tobat polis rendam jer report nie smpi kiamat.brani bukak file ke?golongan bayangan Allah tu kata haramsani

    • Dah banyak kes pun si kerabat ni belasah orang, tak dia sendiri belasah, dihantarnye body guard yg belasah..agak2 dia rsa Malaya ni dia yg punye kot???! Kes ni mesti berkaitan awek dia…baran dan jeles memanjang tak tentu pasal..mcm dia sorang je yg bercinta. Setakat sorok belakang status lu dan body guard2 boleh lah berlagak…satu hari ditakdir lu kena buang istana, lu keluar sebagai rakyat biasa..mau orang lak yg belasah lu sampai lunyai!! De berani one by one????

  2. cantekk mata dia..wlu sblah mata jak tbuka..awwww!! 😛

  3. sendiri mau ingat la …

counter statistics